EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Polis Bagi Kebenaran.. Pengasuh Aafiyah Jawab Isu Rentas Negeri Untuk Bernikah

0 month ago, 09-Jun-2021

Setelah lebih seminggu mendirikan rumah tangga bersama suami, pengasuh anak Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Nur Hidayah Zubit menjawab dakwaan yang telah dilakukan oleh netizen kepada dirinya mengenai isu dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dijalankan.

BACA: Hadiah Hari Kahwin, Pengasuh Aafiyah Terima Baju Kahwin Daripada Siti Nurhaliza

Advertisement

Menurut pengasuh Aafiyah itu, perjalanannya pulang ke rumah keluarganya di Pulau Pinang untuk melangsungkan pernikahan bersama suami telah mendapat kebenaran sah dari pihak berkuasa.

Dayah Zubit : Instagram Dayah Zubit  

Katanya ketika ditemubual oleh mStar secara dalam talian,

Saya pulang ke Pulau Pinang sebelum arahanlockdown.Ikut perancangan awal saya sepatutnya bernikah pada 4 Jun tapi terpaksa diawalkan pada 31 Mei disebabkantotal lockdown. Kiranyapanicnikah juga lah, tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Polis beri kebenaran sebab memang kami dah lamaplanning dan memang dah ada tarikh nikah pun. Rasanya kalau orang tu tiba-tiba nak balik bernikah mungkin mereka tidak akan dibenarkan.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by MT11 ? (@dayahzubit)

Tambahnya lagi, memang tiada sebarang majlis dilangsungkan cuma hanya ada dirinya, suami, bapa sebagai wali dan juga juru nikah di Pejabat Agama Seberang Perai Utara.

Sebelum ini heboh apabila netizen mendakwa Nur Hidayah merentas negeri ke Pulau Pinang untuk melangsungkan pernikahnnya dan lebih menimbulkan rasa keresehan apabila dia didapati bergerak ke Pantai Timur.

Polis Bagi Kebenaran.. Pengasuh Aafiyah Jawab Isu Rentas Negeri Untuk Bernikah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...