EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

POLIS JEJAK PEMANDU LAWAN ARUS DI JAMBATAN KLANG

0 month ago, 22-Nov-2020

KLANG: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang memandu secara melawan arus dari Persiaran Sultan Ibrahim berdekatan Jambatan Kota, Klang seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, video berdurasi 47 saat yang dirakam seorang individu menunjukkan kereta warna kelabu itu dipercayai jenis Nissan Almera atau Toyota Vios dipandu secara melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Individu berkenaan dipercayai memandu secara melawan arus di Persiaran Sultan Ibrahim berdekatan Jambatan Kota dari simpang Shah Alam menghala ke Klang.

Pemandu itu sedang dikesan bagi melengkapkan siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Abdul Azim Mazlan di 013-4146144.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 , katanya menerusi kenyataan.

Berdasarkan rakaman video yang tular itu, kenderaan tersebut dipandu di laluan tiga lorong dan dipercayai berlaku pada awal pagi semalam.

Kereta itu didapati memandu laju dan melakukan cubaan mengelak beberapa kenderaan yang melalui jalan itu.Alhijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...