EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Plaster Siling Pecah, Buat Apa Panggil Kontraktor Kalau Boleh Baiki Sendiri

0 month ago, 24-Nov-2021

Plaster Siling Pecah. Terdapat pelbagai jenis material bumbung. Tapi paling popular adalah jenis plaster siling kerana ia lebih kemas. Namun, ada satu cabaran bila anda menggunakan palster siling ni. Antara cabaran utama ialah kesan tompokkan kekuninggan yang mungkin berpunca dari bumbung bocor. Isu ini mudah diselesaikan. Selepas kenal pasti punca dan berjaya diselesaikan, boleh cat je semula kesan tompokkan air tersebut

Baca juga: Siling Rumah Bertingkat Bocor, Siapa Patut Tanggung Jawab?

Tapi, macam mana pula kalau ada bahagian yang pecah? Nak panggil kontraktor, harganya boleh tahan mahal walaupun kerjanya hanya sedikit. Apa kata ikut cara En Muzaffar Masor. Baiki sendiri je walapun tak berapa mahir.

Ini semua salah burung… Tumpang buat sarang kat sini.. habih luruh siling. Dah tambah satu kerja nak kena buat. Sapa ada tip nk halau burung… Selain pindah rumah

Kalau tumpang sahaja dan tak bawa daun tak apa, pernah kutip 3 guni daun atas siling tempat burung buat sarang

Bahagian siling reput tadi dipotong untuk digantikan dengan siling yang baru

Nasib baik ada lebihan siling yang lama. Boleh guna balik dan berjimat. Kalau tak ada boleh beli sikit dekat kedai buat siling atau hardware

akkan jaring sebagai sokongan untuk siling baru.

Potong lebihan siling sikit-sikit ikut kesesuaian ruang

Hasil sambungan siling baru

Plaster semula supaya tak perasan ada sambungan atau tampalan baru

dah kering, boleh cat putih

Perasan tak pada siling atau dinding pejabat ada tompokan hitam berdebu yang melekat? Menurut Public Health Malaysia, kulat tersebut mengundang ancaman kepada kesihatan seperti batuk dan selsema.

Kulat pada dinding dan siling rumah terhasil di sebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah disebabkan oleh persekitaran yang lembap. Disamping itu juga, jika terdapat kebocoran paip atau saliran ia akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih kritikal.

Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi serta radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma. Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini di cegah?

1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembap dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.

2. Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.

3. Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

4. Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

5. Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

: Public Health Malaysia

Plaster Siling Pecah, Buat Apa Panggil Kontraktor Kalau Boleh Baiki Sendiri IMPIANA.



SUMBER : impiana.my



Live Website Traffic


loading...