EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Planggan tu mnta dilayan elok, dgn nada yg tinggi..- Anak peniaga ikan bakar tampil pertahankn ibunya

0 month ago, 16-Sep-2023

Beberapa hari lalu, seorang pengguna Twitter menularkan video peniaga ikan bakar di Perlis yang didakwa biadab ketika melayani pelanggannya.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam sikap yang ditonjolkan oleh peniaga terbabit. Malah ada netizen mendakwa mereka turut dilayan seperti itu semasa menjamu selera di premis tersebut.

Sedar video itu tular di media sosial, anak sulung kepada peniaga itu tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Menurut lelaki berkenaan, pada hari kejadian kedai mereka menerima jumlah pelanggan yang ramai. Pelanggan wanita yang juga pengadu ketika itu sedang membuat pembayaran secara online.

Selesai membuat pembayaran, pengadu tunjuk resit bayaran kepada peniaga berkenaan yang hanya menjawab okay dan pengadu pun beredar. Namun pengadu datang semula ke kaunter menegur peniaga ikan bakar itu.

Dia cakap layan pelanggan bagi elok sikit, cakap dengan nada yang tinggi. Daripada situlah berlaku kekecohan.

Ramai yang mahukan penjelasan daripada kami. Saya sebagai anak sulung bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Saya tahu banyak kekurangan diri saya dan juga staf. Apa yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran buat saya, ibu dan staff, katanya.

Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa penjelasan yang dibuat bukanlah bertujuan hendak menyatakan mereka betul, tetapi mahu menyelesaikan masalah.

Saya buat posting ini bukan nak cakap saya betul atau tak, tapi untuk selesaikan masalah dan juga memohon maaf secara terbuka.

Saya mewakili ibu saya, kalau layanan kami kurang memuaskan, saya mohon maaf dan Insya-Allah akan perbaiki

Semalam keluar bawa mak dan adik pergi ke kedai ini. Saya ada masa kejadian ini berlaku. Saya berada di tepi pengadu yang ketika itu sedang membuat teguran terhadap makcik itu.

Memang pengadu ni polite je tegur. Makcik itu yang tak boleh menerima teguran, terus cari gaduh dengan adik ni, kata Nurfarra.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.




SUMBER : r8v.org