EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Cuci pinggan 30 minit, pelanggan dapat nikmati hidangan percuma di restoran yang terletak di Kyoto, Jepun

0 month ago, 11-Sep-2020

Sebuah restoran, Gyoza no Ohsho yang terletak di kawasan Kamigyo-ku, Kyoto sangat terkenal dengan perkhidmatan menyediakan makanan percuma kepada pelanggan.

Namun pelanggan dikehendaki untuk membasuh pinggan selepas itu selama 30 minit. Langkah itu ternyata sangat disenangi golongan muda khususnya para pelajar.

Restoran tersebut dimiliki oleh seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun, Sadahiro Inoeu yang ingin menyumbangkan sesuatu kepada kesejahteraan masyarakat di sana.

Maidona News

Menurut Sadahiro, idea itu telah pun diamalkan pada tahun 1982. Ketika itu, dia yang masih muda telah berhadapan dengan masalah kewangan.

Dia kemudiannya dibantu menerusi cara itu sehinggalah akhirnya dia menjadi pengurus restoran berkenaan pada tahun 1955. Usaha murni itu walau bagaimanapun masih diteruskan.

Hanya pelajar yang lambat menerima elaun belajar mahupun duit poket serta mereka yang berlapar dan tidak makan pada hari sebelumnya tidak perlu mencuci pinggan.

Maidona News

Walau bagaimanapun, setelah 40 tahun beroperasi, restoran itu difahamkan bakal menamatkan operasi ekoran tiada siapa yang mahu mengambil alih pengurusannya.

Restoran yang terletak berhampiran dengan Universiti Deoshisha dan Universiti Kyoto itu sememangnya digemari oleh kebanyakan pelajar.

Dan keputusan untuk menamatkan operasi restoran itu sudah semestinya memberi tamparan hebat buat pelanggan setianya.

Maidona News

Jelas Sadahiro, syarikat restoran itu, Ohsho Food Service yang telah cuba memastikan agar restoran itu kekal beroperasi.

Namun ekoran faktor umurnya yang kian berusia, Sadahiro merasakan bahawa sudah tiba masa untuk operasi restoran itu ditamatkan.

Cuci pinggan 30 minit, pelanggan dapat nikmati hidangan percuma di restoran yang terletak di Kyoto, Jepun Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...