EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

17 maut, 20,000 pindah

31 month ago, 11-Oct-2017

KORBAN kebakaran hutan di California sudah mencecah 17 orang dan lebih 2,000 rumah serta premis perniagaan musnah menyebabkan lebih 20,000 orang sudah dipindahkan.

Cuaca kering serta angin selaju 80 kilometer sejam tambah memburukkan keadaan berikutan api cepat marak dan kebakaran itu sudah memusnahkan kawasan seluas lebih 115,000 ekar.

Sesetengah penduduk di daerah Nevada dan Yuba terpaksa dipindahkan dengan helikopter.

Pihak berkuasa merekodkan 155 orang hilang namun yakin mereka tidak menjadi mangsa kebakaran, sebaliknya mungkin terpisah dengan keluarga.

Bandar paling teruk terjejas ialah Santa yang menyebabkan sebuah hotel Hilton musnah.

Gabenor California, Jerry Brown, mengisytiharkan darurat di beberapa daerah di utara serta di Daerah Orange di selatan.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...