EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pilih tarikh bersalin kembar hari ini, Dr Sheikh Muszaphar setia temani isteri

0 month ago, 20-Nov-2020

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos memilih untuk menimang anak kembar mereka pagi ini di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Perkara tersebut dimaklumkan Dr Muszaphar di laman Instagram miliknya dengan memuat naik sebuah video yang kelihatan bilik bayi sudah bersedia menanti kehadiran cahaya mata kelima dan keenam itu.

Kami memilih hari Jumaat 20.11.20 dengan harapan dapat menjadi baraqah untuk semua orang. Semoga Allah permudahkan segalanya. Doakan Dr Halina & anak kembar yang akan dilahirkan, katanya.

Menurut Dr Muszaphar, isterinya dinasihatkan untuk melahirkan zuriat tersebut minggu lalu tetapi berjaya bertahan sehingga cukup 35 minggu dengan menggunakan kaedah pembedahan.

Selain itu, beliau turut berkongsi sebuah lagi video memaparkan Dr Halina sedang mengemas keperluan diri sebelum meninggalkan empat anaknya di rumah buat sementara waktu.

Ia seperti dejavu berulang kembali. Perasaan gementar, gelisah dan gembira semuanya dirasai pada ketika ini. Terima kasih atas doa kalian,ujarnya.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha serta kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

: Dr Sheikh Muszaphar



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...