EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pilih nama Melayu klasik, Nad Zainal namakan puteri sulung Budi Kalsom

0 month ago, 05-Apr-2021

Baru-baru ini, pelakon terkenal Nad Zainal baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada 30 Mac 2021 lalu. Difahamkan lagi, sebelum ini wanita berusia 30 tahun itu masih belum bersedia berkongsi jantina anaknya kepada umum.

Namun pada hari ini, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin itu mendedahkan jantina dan telah pun memberi nama kepada puteri sulungnya itu menerusi satu perkongsian di laman sosial Instagram.

Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya. Budi Kalsom nama diberi, selamat hadir dalam hidup kami, tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Nad sempat mendoakan agar puteri sulungnya itu berperwatakan indah serta lembut seperti nama diberi oleh kedua ibu bapanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi ucapan tahniah terhadap perkhabaran gembira tersebut. Tidak kurang juga ramai yang memuji keindahan nama anaknya itu.

Bintang drama Takdir Yang Tertulis itu mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

: Instagram Nad Zainal



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...