EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pilih lelaki 28 tahun sebagai suami. Ini info menarik mengenai Datuk Zaleha

0 month ago, 13-Sep-2020

MELAKA TENGAH Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang menamatkan status ibu tunggal apabila selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya pada Jumaat lalu.

5 Tahun Bergelar Ibu Tunggal

Zaleha, 62, yang telah lima tahun bergelar ibu tunggal selepas pemergian suaminya mengambil keputusan bernikah setelah berkenalan dengan seorang peniaga dikenali sebagai Ashraf berusia 28 tahun.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh yang menjadi saksi pada sesi pernikahan yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Jasin turut bersyukur dan mendoakan pasangan itu sentiasa dilimpahi rahmat ALLAH SWT.

Kenal di Majlis Bekas ADUN

Menurutnya, pasangan itu berkenalan ketika dalam satu majlis di rumah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita di Melaka beberapa tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Bulan Madu Di Cameron dan Sabah

Muhammad Asyraf berkata, dia dan isteri akan ke Sabah minggu depan selepas berbulan madu di Cameron Highlands.

Zaleha yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya pada 28 September in

Pernah derma gelang untuk Najib

Pernah tular dengan tindakannya yang sanggup mendermakan gelang emas kesayangannya bagi membantu Tabung Solidariti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Suami seorang muaalaf

Sebenarnya saya mualaf. Sepanjang lima tahun perkenalan kami, dialah yang banyak membantu saya mendalami Islam, kata Muhammad Asyraf Daniel, 28, yang menamatkan zaman bujang dengan Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang, 62.

Muhammad Asyraf berkata, Zaleha juga yang menemani dia mengucapkan kalimah syahadah di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Melaka tahun lalu.

Alhamdulillah, majlis perkahwinan kami berjalan lancar walaupun banyak ujian ditempuhi antaranya tentangan daripada keluarga dan perbezaan usia, katanya yang dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, hampir enam bulan mereka berusaha untuk mendirikan rumah tangga selepas dia memberanikan diri meluahkan perasaan cinta kepada Zaleha.

Saya bersyukur kerana isteri menerima cinta saya dan bersetuju untuk berkahwin. Kami memilih tarikh 11 September yang juga adalah hari Jumaat yang penuh barakah, katanya.

Rapat ketika kempen PRK

Menurutnya, hubungan mereka semakin rapat ketika sama-sama bertugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Pahang pada Januari 2019 dan bertambah rapat ketika PRK Tanjung Piai, Johor pada November 2019.

Dia yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, lima tahun perkenalan bersama Zaleha sudah cukup meyakinkannya untuk mengambil keputusan menamatkan status bujang.

Sementara itu, Zaleha ketika dihubungi enggan mengulas lanjut namun sempat memaklumkan beliau dan suami sedang berbulan madu di Cameron Highlands dan dalam perjalanan mencari bunga.

Terdahulu, gambar pernikahan Zaleha bersama pasangannya, Muhammad Asyraf tular di media sosial dengan rata-rata warganet berpendapat perbezaan usia 34 tahun bukanlah penghalang dalam membina rumah tangga yang bahagia.

: trendingsangat


SUMBER : tehtarikkaw.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...