www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


VAR pilih kasih kepada kelab-kelab besar: De Jong

0 month ago, 14-Feb-2019


BINTANG Ajax, Frenkie de Jong mengkritik penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang dianggapnya lebih cenderung memihak kelab-kelab besar.

Beliau berkata demikian selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Real Madrid dalam aksi pertama Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-juara awal pagi semalam, yang mana jaringan pemain Ajax, Nicolas Tagliafico di separuh masa pertama telah dibatalkan ekoran Dusan Tadic dikesan VAR dalam posisi ofsaid.

“Kami melakukan sesuatu yang menarik dan malangnya jaringan kami dibatalkan. Mungkin sesuatu seperti itu cenderung memihak kepada kelab besar.

“Bagaimanapun, kami menerima hakikat itu dan mencipta beberapa peluang selepas itu. Malangnya kami masih buntu untuk mencatat keputusan yang lebih baik.

“Di Sepanyol, kami perlu bermain seperti di tempat sendiri menerusi keberanian dan keyakinan. Keputusan belum lagi muktamad, Real akan berasa lebih tertekan di depan peminat mereka sendiri,” kata De Jong.

Dalam perlawanan itu Karim Benzema terlebih dahulu meletakkan Real Madrid di depan pada separuh masa pertama sebelum Hakim Ziyech menyamakan kedudukan 15 minit sebelum perlawanan tamat.

Bagaimanapun, Marco Asensio muncul wira buat juara bertahan apabila menjaringkan gol di minit akhir perlawanan sekali gus memberikan kelebihan satu gol untuk dibawa ke aksi timbal balik di Santiago Bernabeu.

VAR ‘pilih kasih’ kepada kelab-kelab besar: De Jong Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts