EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bapa Pijak Perut Dan Punggung Anak 3 Tahun Sampai Mati Hanya Kerana Terberak Dalam Seluar

0 month ago, 07-Nov-2019


Tak dinafikan, bukan senang nak uruskan anak, lagi-lagi kalau tak berpengalaman. Memang memerlukan kesabaran yang lebih.

Namun kesabaran tu tak ada dalam diri seorang bapa tiri dari Indonesia ini yang pada awalnya mengatakan anak tirinya yang berusia tiga tahun lemas dalam bilik air ketika sedang mandi.

Menurut Sosok, perbuatan bapa tiri yang bernama Ery Age Anwar (36) ini terbongkar selepas pihak berkuasa melakukan pemeriksaan autopsi dan menemui pendarahan di bahagian usus kanak-kanak perempuan ini akibat dari luka dalaman.

Bukan itu je, pihak forensik juga menemui lebam di bahagian punggung mangsa.

Ekoran dari penemuan ini, Ery akhirnya mengaku bahawa dia telah menganiaya anak tirinya hingga mati.

Kalau korang nak tahu, penderaan yang dilakukan oleh Ery ni hanya kerana anak malang ini buang air besar di dalam seluar.

Ery yang tak boleh nak mengawal emosinya akibat bengang perlu membersihkan anak tirinya itu telah membawa budak ini masuk ke dalam bilik air untuk menjirus najis dengan gayung.


Malangnya, semasa dia sedang membersihkan najis tersebut, budak malang ini terjatuh dan Ery mengambil kesempatan ini untuk memijak punggung kanak-kanak ini sebanyak dua kali.

Tak cukup dengan itu, Ery kemudiannya memijak perut budak ini sehingga mangsa menjerit kesakitan sebelum mendapat sawan.

Panik bila melihat keadaan anak tirinya itu, tertuduh mula menyapu minyak angin pada badan dan kaki mangsa bagi meredakan sawan.


Tak berjaya, tertuduh kemudiannya membawa kanak-kanak ini ke hospital namun malangnya, mangsa telah pun meninggal dunia.

Ery kini telah pun ditahan dan akan didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak dan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Bila ditanya kenapa dia melakukan perbuatan itu terhadap anak tirinya. Lelaki ini berkata tujuannya asalnya hanya untuk mengajar budak ini untuk tak membuang sembarangan. Amboi senangnya bagi alasan!

Awalnya saya nak beri dia pengajaran kerana dia sering pipis (kencing) dan buang air besar sebarangan.

Ery juga berkata dia tak pernah pukul anak tirinya sebelum ini, dia hanya cubit lengan dan pahanya saja.

Kalau korang nak tahu, Ery dikatakan tak mempunyai pekerjaan yang tetap dan selepas dia mengahwini janda anak dua yang bekerja sebagai ejen hartanah, hidupnya hanya bergantung pada isterinya.

Allahu, harap sangat dia kena hukuman seberat-beratnya!

: Lobakmerah.com



Live Website Traffic


loading...