www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Piala AFF: Vietnam Airlines Sediakan Penerbangan Khas Untuk Penyokong Tawan Bukit Jalil

0 month ago, 07-Dec-2018


Vietnam Airlines akan mengadakan penerbangan khas ke Kuala Lumpur khusus untuk penyokong bola sepak negara berkenaan menghadiri perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018.

Bagi memudahkan penyokong skuad Naga Emas, syarikat penerbangan itu turut menyediakan penerbangan terus dari tiga bandar utama Vietnam iaitu Hanoi, Ho Chi Minh dan juga Da Nang untuk ke ibu negara.

Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember hadapan, sebelum perlawanan akhir timbal balik bakal mengambil tempat di Hanoi pada 15 Disember akan datang.

Untuk memastikan penyokong tidak terlepas untuk memberi sokongan, Vietnam Airlines akan menyediakan tambahan satu atau dua penerbangan dari bandar-bandar tersebut terus ke Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan, Vietnam Airlines berkata mereka akan memantau permintaan penerbangan ke negara ini dan akan menambah jumlah penerbangan sekiranya diperlukan.

(Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Syarikat penerbangan tersebut turut akan bekerjasama dengan beberapa agensi perlancongan dari negara berkenaan untuk menyediakan pakej khas untuk penyokong mereka berupa tiket penerbangan pergi dan balik, tiket perlawanan akhir, pengangkutan, dan termasuk makanan khusus untuk penyokong-penyokong mereka.

Seramai hampir 90,000 penyokong dijangka hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa hadapan untuk menyaksikan perlawanan akhir membabitkan kedua-dua buah negara.

Malaysia tewas 2-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan yang diadakan di Hanoi.


SUMBER : semuanyabola.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts