www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Piala Sanix: Skuad Bojan Hodak Raih Kemenangan Pertama Ke Atas Varen Nagasaki

0 month ago, 16-Mar-2019


Skuad bawah 19 tahun negara (B-19) kendalian Bojan Hodak bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1 mengatasi pasukan remaja jepun, V-Varen Nagasaki Youth.

Selepas ketinggalan 0-1 kepada lawan, pemain daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Luqman Hakim Shamsudin berjaya menjaringkan gol penyamaan pasukan pada minit ke-35 sebelum Firdaus Khaironissam menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-58.

Luqman Hakim menjaringkan gol penyamaan. FOTO: Wawan Faiz

Ia adalah kemenangan pertama skuad negara dalam kejohanan ini setelah tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan.

Bojan Hodak menggunakan hampir kesemua pemain dalam tiga perlawanan tersebut, dengan skuad negara tampak sukar menyaingi penyandang juara dalam perlawanan pertama, Aomori Yamada (0-2) sebelum tewas 0-5 dalam perlawanan kedua menentang Sagantosu Youth FC.

Mereka kemudian tewas tipis, 0-1 kepada Ohzu HS pada perlawanan ketiga.Yamada dan Sagantosu menurunkan dua daripada pemain skuad kebangsaan B-18 Jepun, iaitu Daiki Matsuoka dan Hidetoshi Takeda.

Kemenangan ke atas Varen Nagasaki bermakna skuad negara layak ke semi final bertemu Yamanashi Gakuin atau akademi bola sepak dari China, Jiangsu Suning. Ini adalah perlawanan peringkat penentuan tempat ke 9 hingga terakhir.

Barisan pemain skuad bawah 19 tahun negara. FOTO: Wawan Faiz

Kejohanan ini merupakan medan untuk memberikan pendedahan antarabangsa kepada para pemain Malaysia B-19 dan mempersiapkan pasukan menghadapi Kejohanan AFF B-19, Julai depan.

Bojan Hodak turut menganggap tahap saingan Piala Sanix sudah terlalu jauh berubah dengan kualiti pasukan-pasukan bertanding setaraf pasukan senior.

Saingan Piala Sanix sangat sengit dan rata-rata pemain negara membuktikan mereka tidak mampu memberikan saingan, kami akan pulang ke Malaysia dan mencari barisan terbaru, tegasnya.

Dalam kejohanan edisi tahun lalu skuad negara menamatkan kempen di tempat ke-12. Ketika itu, kelibat Hadi Fayyadh telah menarik minat beberapa kelab J-League untuk mengintai khidmatnya.

Skuad negara turut akan ke Osaka bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan akademi Cerezo Osaka, Rabu depan.




SUMBER : semuanyabola.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts