www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Piala FA: Irfan ingatkan pemain Terengganu FC jangan main casual malam ini

0 month ago, 16-Apr-2019


ZURAIMEE ZAINAL

PEMAIN Terengganu FC (TFC) diminta tidak memandang rendah ancaman Kelantan United menjelang Pusingan Ketiga Piala FA di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam ini.

Pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim berkata, beliau tetap menganggap kelab Liga M3 mampu memberi saingan sengit kepada skuad Sang Penyu itu tambahan pula beraksi dengan sokongan padu penyokong di Kota Bharu.

“Saya ingatkan pemain supaya tidak mengambil mudah tentangan Kelantan United, paling penting jangan bermain casual dalam perlawanan ini

“Paling penting dalam perlawanan ini Terengganu FC kena menang untuk layak ke separuh akhir saingan Piala FA,” katanya yang tidak dapat menyertai pemainnya di Kota Bharu kerana mengikuti Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 dari 7 hingga 17 April di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Mengulas kekalahan tiga perlawanan terakhir Sang Penyu pengendali berusia 68 tahun itu berkata, berdasarkan laporan diterima daripada penolongnya memaklumkan bahawa pemain TFC beraksi dengan baik dalam perlawanan berkenaan, namun ketumpulan jentera penyudah masih membelenggu kelab itu.

“Kita berdepan ketiadaan orang yang boleh menjaringkan gol dalam aksi sebelum ini. Ketiadaan Lee Tuck juga nyata beri kesan kepada tindakan penyudah pasukan.

“Sebelum game malam ini saya akan bercakap dengan pemain menerusi loud speaker telefon bimbit, dan kemungkinan ketua pasukan saya akan lantik dalam kalangan mereka yang boleh bercakap, boleh berkomunikasi di padang, mungkin Lee Tuck,” katanya.

 

Piala FA: Irfan ingatkan pemain Terengganu FC jangan main casual malam ini Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts