EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Piala Cabaran: UKM tak gentar status TFC II di Kuala Terengganu

4 month ago, 14-Aug-2019

UKM FC tidak gentar dengan status juara bertahan milik Terengganu FC II (TFC II) dalam saingan Piala Cabaran apabila tekad menundukkan pasukan Pantai Timur itu dalam pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Ketua Jurulatihnya, Sulaiman Hussin berkata, beliau menyedari rekod kurang baik pasukannya ketikan menetang TFC II dalam saingan Liga Premier, namun, ia bukan halangan untuk pasukannya mencipta kejutan.

Kalau ikutkan rekod memang rekod kita kurang baik menentang TFC II tetapi kami akan pastikan rekod itu dapat diubah. Pemain juga bersemangat untuk meraih mata di Kuala Terengganu dan saya janji UKM akan memberikan tentangan sehabis baik.

Saya percaya kemampuan pasukan dan saya yakin dapat bawa pulang sekurang-kurangnya satu mata berharga, katanya.

Mengikut rekod pertemuan dalam saingan Liga Premier musim ini mereka tewas 4-2 di gelanggang sendiri dan seri 0-0 di Kuala Terengganu.

Mengulas lanjut, kata Sulaiman, pemainnya juga tidak takut untuk beraksi di gelanggang keramat TFC II itu sambil menyifatkan ia tidak memberi kelebihan besar kepada pasukan tuan rumah.

Pada saya dalam kancah Piala Cabaran mahupun Liga Premier, bermain di tempat lawan tidak memberikan kelebihan besar kepada tuan rumah kecuali jika bermain di saingan Liga Super.

Bagi saya, pasukan yang beraksi baik dan kurang buat kesilapan akan boleh menang. Peluang untuk UKM bawa pulang mata tetap ada cuma saya kena pastikan pemain UKM kurang buat kesilapan.

Kami juga perlu merantai penyerang TFC II, Bruno Suzuki dan Akany Sunday daripada bergerak bebas dalam kawasan kami kerana kedua-dua pemain itu boleh memberikan masalah kepada kami, katanya.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan akan menurunkan beberapa pemain muda untuk menggantikan pemain utama yang cedera namun, beliau yakin ia tidak menjejaskan rentak pasukan.

Piala Cabaran: UKM tak gentar status TFC II di Kuala Terengganu Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...