EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Petua Rawat Rambut Gugur Tanpa Guna Produk Mahal

0 month ago, 25-Nov-2021

Rambut yang sihat dan cantik sangat penting bagi setiap wanita. Ini kerana rambut adalah seperti mahkota bagi wanita termasuklah wanita yang bertudung.

Rambut dijaga rapi, sudah tentu akan membuatkan rambut nampak sihat, lebat dan bersinar. Manakala sebaliknya jika rambut tidak dijaga dengan rapi sudah tentu akan rosak, tidak bermaya, kusut malah boleh menjadi punca botak akibat akar rambut mati.

Namun tiada jalan pintas untuk mendapatkan rambut seperti yang diidamkan. Selain perlu menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan yang berada dipasaran, terdapat juga pelbagai petua dan cara tradisional penjagaan rambut.

Baca juga: Cara Rawat Batu Karang Secara Semulajadi

Petua Rawat Rambut Gugur

Antara petua dan cara penjagaan rambut secara tradisional adalah seperti berikut:

Limau Nipis Dan Santan

Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut
hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Daun Bunga Raya Dan Lidah Buaya

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Bunga Raya - Bunga Kebangsaan Malaysia - Relaks Minda

Kulit Buah Tembikai

Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit.

Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Lidah Buaya

Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan
sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Walaupun petua yang dikongsi tidak menjamin seratus peratus berkesan kerana setiap orang tidak sama. Namun semoga dengan petua yang dikongsikan ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

: Petua Ibu

Petua Rawat Rambut Gugur Tanpa Guna Produk Mahal SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...