EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Petrol Bercampur Air, Pengusaha Stesen Minyak Ganti Rugi Sebanyak RM15,798

0 month ago, 20-Nov-2020

Semalam tular seorang pengusaha stesen minyak di Kampung Tok Dor di Kuala Terengganu telah mencampurkan minyak petrol dengan air. Ada yang kata pengusaha tersebut ingin mengaut keuntungan. Hmm betul ke? Tapi apa yang terjadi?

23 buah kereta telah rosak

Akibat daripada perbuatannya itu, difahamkan pengusaha stesen minyak tersebut telah kerugian sebanyak RM15,798 termasuk membayar ganti rugi kerosakan 23 buah kereta akibat kejadian tersebut.

Walau bagaimanapun, pengusahanya yang dikenali sebagai Mohamad Rozaki Awang Teh berkata, kejadian yang berlaku antara jam 7 sehingga 8.30 pagi itu disedari selepas beberapa kereta yang selesai mengisi minyak di stesen minyak itu tersadai beberapa meter dari kawasan itu.

Dimasuki air akibat hujan

Pengusaha tersebut turut memohon maaf diatas apa yang terjadi. Katanya dia sendiri pun tidak mengetahu hal tersebut.

Selepas diperiksa, didapati RON 95 dari lapan nozel di empat pam minyak didapati bercampur air selepas tangki bekalan dimasuki air akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam.

Ia kali pertama kejadian ini berlaku sejak stesen minyak ini dibuka pada 2016.

Katanya lagi, oleh kerana rasa bertanggungjawab dengan apa yang terjadi, dia telah mengambil keputusan menutup operasi perniagaan selama satu hari bagi mengelakkan lebih ramai yang terkesan dan turut menanggung kerugian di atas kesemua kereta yang terkesan dengan kejadian itu.

Kami juga menanggung kerugian 20 pemilik kenderaan yang terjejas dengan memperuntukkan antara RM700 hingga RM800 untuk menunda kenderaan itu ke bengkel.

Bukan perbuatan disengajakan

Turut difahamkan, kejadian ini bukan disengajakan atau mahu menganiayai mana-mana pelanggannya, malah mereka sebenarnya amat mengutamakan kepentingan pelanggan.

Tidak dengan itu sahaja, mereka juga turut mengarahkan pihak kontraktor memeriksa semula punca kejadian dan menyedut air dari dalam tangki minyak terbabit.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut datang untuk melakukan siasatan.”Namun jika hasil siasatan kelak mendapati terdapat unsur perbuatan khianat dari mana-mana pihak kami akan membuat laporan polis.

Dalam masa yang sama, pengusaha stesen minyak itu turut meminta semua pemilik kenderaan yang mengisi minyak bermula 7 pagi hingga 8.30 pagi pada hari tersebut untuk tampil berjumpa dengannya membuat tuntutan kerugian.

Petrol Bercampur Air, Pengusaha Stesen Minyak Ganti Rugi Sebanyak RM15,798 Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...