EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kini Petah Bercakap, Nora Danish Sedih Anak Lelakinya Sudah Tidak Mahu Tidur Bersama

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Pelakon cantik, Nora Danish meluahkan perasaan sedih apabila anak lelakinya bongsunya kini sudah tidak mahu lagi tidur sekatil bersama dia dan suaminya, Nedim.

Nora Danish dan anak : Instagram Nora Danish 

Dia yang dilihat telah memuat naik video pendek memaparkan keletah anaknya itu di Instagram turut menyatakan bahawa permata hatinya itu kini sudah pandai berdikari dan kini memilih untuk tidur dengan abangnya.

Anaknya bongsu Nora difahamkan kini telah berusia tiga tahun dan lebih mesra dipanggil Ney Ney dalam kalangan ahli keluarganya.

Advertisement

“Sekarang dah pandai nak tidur dengan abang,tapi masih satu bilik dengan mommy dan daddy la. Cepatnya dah berdikari.”

Dalam pada itu, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim juga dilihar sudah pandai bercakap dan sangat petah berkata-kata meskipun baru berusia tiga tahun.

Sekadar info, Nora Danish telah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada tahun 2017 yang lalu dan kini dikurniakan cahaya mata iaitu Ney Ney. Pelakon yang terkenal dengan drama Puteri ini sebelum ini telah bernikah dengan Rizal Ashram Ramli pada tahun 2006 namun bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putera Reyqal yang kini berusia 11 tahun.

Kini Petah Bercakap, Nora Danish Sedih Anak Lelakinya Sudah Tidak Mahu Tidur Bersama first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...