EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Peserta jemaah tabligh degil bergelut taknak pergi saringan, sampai kena panggil polis

0 month ago, 20-Mar-2020

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kini sudah semakin giat dan tegas dalam membendung gejala COVID-19, terbaru seorang peserta jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling telah berjaya dikesan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Labuan .

Bagaimanapun, berdasarkan video yang sedang tular, perserta jemaah tabligh itu yang merupakan lelaki warge emas berusia 68 tahun berkeras tidak mahu menjalani ujian saringan sehingga dia bergelut dengan petugas kesihatan.

Melihat keadaan warga emas itu yang bertindak aggresif ketika dijemput di rumahnya, menyebabkan pasukan perubatan terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis.

Sepatutnya, dia menjalani ujian dan kuarantin 14 hari di Hospital Labuan, bagaimana pun bertindak menghiraukan sahaja arahan membuatkan sepasukan petugas perubatan datang ke rumahnya.

Pada 17 Mac lalu, warga emas itu diarah hadir secara sukarela tetapi dia tidak mengendahkan arahan, sebelum sepasukan petugas perubatan ke rumahnya untuk membawa lelaki itu

Difahamkan, anak kepada peserta jemaah tabligh itu juga sedang dikuarantin. Kini dia telah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menjalani ujian Covid-19 dan perintah kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin Hospital Labuan.

: Memes Puaka & Harian Metro


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...