EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pesawat ringan bawa racun terhempas

0 month ago, 09-Nov-2019


PASIR SALAK 9 Nov. - Sebuah pesawat ringan jenis Gyrocopter yang digunakan untuk meracun serangga di sawah padi terhempas di kawasan Felcra Berhad, Jejawi, Kampung Gajah di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 10.25 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa pemandunya, Muhammad Zakwan Hakem Mazlan, 29.






Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, anggota dari Balai Polis Jejawi dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada pukul 11.15 pagi.

"Pesawat tersebut dipandu seorang juruterbang tanpa penumpang dan ia membawa muatab racun serangga bagi tujuan semburan di sawah padi untuk Felcra Seberang Perak.

"Anggota telah membuat pemantauan di lokasi kejadian dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan nyawa ke atas pemandunya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Barudin, pihaknya juga telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk tindakan lanjut. - Perak Gazette





SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...