EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pesawat ringan mendarat di lebuh raya disahkan alami masalah teknikal

0 month ago, 22-Nov-2020

Pesawat ringan yang mendarat di lebuh raya PLUS berhampiran susur keluar Sedenak pagi tadi disahkan mengalami masalah teknikal

CYBERJAYA – Pesawat jenis Beechcraft Model 35 Bonanza yang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di kilometer 47.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Sedenak, Johor pagi tadi berpunca daripada masalah teknikal yang dihadapi pesawat itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Chester Voo, juruterbang pesawat itu sempat menghubungi Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor pada pukul 10.40 pagi sebelum melakukan pendaratan itu.

Beliau berkata, dua juruterbang warganegara Singapura yang ada dalam pesawat itu memohon untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru kerana pesawat itu mengalami masalah.

Pesawat persendirian yang dikendalikan oleh Premier Air Singapore itu berada dalam penerbangan dari Senai ke Melaka.

Dua juruterbang warganegara Singapura dilaporkan berada di dalam keadaan yang stabil dan pesawat telah dipindahkan ke lokasi yang tidak menghalang lalu lintas di lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pasukan mencari dan menyelamat telah menyelesaikan semua tugas-tugas yang diperlukan dan siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Pagi tadi, pengguna lebuh raya tersebut gempar apabila sebuah pesawat ringan melakukan pendaratan cemas.

Bagaimanapun, pesawat ringan itu yang dikendalikan oleh juruterbang pertama, Dr Yang Kuang Ying, 52, dan pembantunya, Saleehullah Abdul Majid, 41, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, kedua-dua juruterbang disahkan mempunyai kebenaran untuk melakukan penerbangan dan hanya ingin melengkapkan rekod penerbangan rutin mereka.

Mereka membuat penerbangan dari Singapura ke Melaka dan balik.

“Selepas itu buat satu pusingan lagi lepas buat dari Singapura ke Melaka balik untuk dapatkan ‘flying hours’, katanya.-MT

Pesawat ringan mendarat di lebuh raya disahkan alami masalah teknikal Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...