EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pesawah gusar baja dihanyut banjir

0 month ago, 20-Nov-2020

BAJA padi yang dihanyutkan banjir yang berlaku di Kampung Alor Setanggok dekat Bagan Serai semalam. - GAMBAR MEDIA SOSIAL


BAGAN SERAI: Pesawah di Kampung Alor Setanggok dekat sini gusar apabila banjir yang melanda kawasan mereka semalam merosakkan baja padi subsidi yang baru diterima.

 

Pesawah, Abdul Ghani Arshad, 40, berkata, hujan lebat semalam telah menenggelamkan baja yang disimpan untuk kegunaan di sawah padi.

 

Menurutnya, baja tersebut baru diterima minggu lepas selain baja lebihan musim lepas yang diletakkan di luar rumah.

 

Hujan lebat semalam menyebabkan air naik begitu cepat, sehingga 0.3 meter.

 

Hampir 20 kampit baja padi yang saya simpan telah tenggelam dan ada yang dihanyutkan air, katanya ketika dihubung media hari ini.

 

Sementara itu, mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 116 setakat pukul 1 tengah hari berbanding 26 orang semalam.

 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, mereka yang terdiri daripada 31 keluarga kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS).

 

PPS yang dibuka ialah di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Ngah Ibrahim (34), PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta (21), PPS MPTI di Langkap (6) dan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara di Kubu Gajah, di Larut (55), katanya.

 

UTUSAN ONLINE 



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...