EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ibu pesan tutup aib suami: Vivy

0 month ago, 11-Oct-2019

ISTERI kedua pelakon Amar Asyraf, Vivy Jeffry mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lalu.

Vivy ketika dihubungi berkata, dia sudah lama menyimpan rahsia perkahwinan mereka namun akhirnya terbongkar menerusi pendedahan wanita bernama Ellika Azman, semalam.

Saya dan Amar sudah berkahwin sejak beberapa tahun lalu dan kami baru dikurniakan seorang anak. Selama ini saya simpan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan tapi kebenaran akhirnya terbongkar juga.

Seboleh-bolehnya cuba menutup aib keluarga saya atas nasihat ibu. Saya juga tahu kedudukan saya sebagai isteri kedua.

Kalau boleh saya nak masalah ini selesai secepat mungkin. Saya tak nak perkara ini menjadi parah selain memilih untuk mendiamkan diri sebelum ini, katanya.

Menurut Vivy, hubungannya mula renggang sejak Amar berkenalan dengan Ellika.

Ketika hamil saya sudah mula perasan perubahan pada dirinya yang tak seperti dulu. Hubungan kami makin renggang dan tiba-tiba dapat tahu mereka nak berkahwin pula minggu depan. Itupun kawan yang beritahu dan Ellika tampil berjumpa saya.

Saya tak marah apabila Amar masih belum bertemu anak kerana saya fikir mungkin dia sibuk dengan kerjaya dan keluarga isteri pertama. Namun, sekurang-kurangnya balaslah mesej yang dihantar atau berterus terang, katanya.

Vivy berkata, hubungannya dengan Amar turut diketahui isteri pertama iaitu Arna Salleh.

Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami namun saya dan Arna tidak pernah berjumpa. Sebaliknya kami hanya berhubung menerusi telefon saja, katanya.

Terdahulu, Ellika membuat pendedahan hampir berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Amar mendirikan rumah tangga dengan Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik dan Ammara Dian.

SUMBER : hmetro.com.my

Live Website Traffic

loading...