EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

1,405 pesakit pulih atasi 1,041 kes baru Covid-19

0 month ago, 22-Nov-2020

PUTRAJAYA Sejumlah 1,405 pesakit pulih hari ini, mengatasi 1,041kes baru Covid-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 40,493 atau 75.4% pesakit sudah sembuh daripada 53,679 kes positif Covid-19 yang dicatatkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 2 kes import dan 1,039 jangkitan tempatan dicatatkan hari ini.

Tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi hari ini adalah Selangor sebanyak 402 kes (38.6%), diikuti Sabah 346 kes (33.2%) dan Negeri Sembilan 121 kes (11.6%), katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 12,854 pesakit Covid-19 sedang dirawat di seluruh negara, dengan 45 daripada 108 orang yang ditempatkan di unit rawatan rapi memerlukanbantuan pernafasan.

Terdapat 3 kematian Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan 332 atau 0.6% kematian setakat ini.

https://bit.ly/35N0xyu

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...