EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Perwakilan Republikan minta penyiasatan pemerasan perniagaan oleh syarikat teknologi gergasi dijalankan ekoran larangan Parler

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Seorang ahli Republikan terkenal di Dewan Perwakilan telah meminta siasatan pemerasan perniagaan dijalankan terhadap syarikat teknologi gergasi pada 10 Januari, apabila syarikat besar tersebut telah mengambil tindakan menggantung dan melarang perkhidmatan Parler, sebuah laman web media sosial.

Ini jelas merupakan pelanggaran terhadap undang-undang antimonopoli, hak sivil, dan statut RICO. Harus diadakan penyiasatan berkaitan pemerasan perniagaan terhadap semua orang yang berkoordinasi dalam serangan yang bukan hanya ke atas sebuah syarikat tetapi juga kepada semua orang seperti kami, seperti saya, seperti anda, Maria, Perwakilan Devin Nunes (R-Calif.), yang juga Ahli Jawatankuasa Perisikan Dewan, memberitahu pengacara Maria Bartiromo dalam Sunday Morning Futures terbitan Fox News.

Selepas Twitter menyekat Presiden Donald Trump dan beberapa pengguna lain, Parler melihat laluan trafiknya tiba-tiba melonjak mendadak. Tidak lama kemudian, Google mengumumkan untuk mengharamkan Parler dari kedai aplikasi dalam taliannya, langkah yang kemudian diikuti oleh Apple. Amazon menyusul dengan mengumumkan bahawa syarikat besar itu menggantung Parler dari perkhidmatan web hostingnya.

Ahli Perwakilan Devin Nunes (R-Calif.) di Capitol Hill pada 28 Oktober 2019. (Samira Bouaou/The Epoch Times)

Ketua Pegawai Eksekutif Parler John Matze memberitahu The Epoch Times, syarikatnya bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang. Sementara itu pihak berkuasa perlu menyiasat tindakan yang mungkin telah dikoordinasikan, Nunes berhujah.

Kesan daripada ini adalah tiada lagi syarikat atau laman media sosial yang bebas dan terbuka untuk mana-mana orang Amerika mendapatkannya lagi seperti dahulu, kerana Amazon, Google, dan Apple, baru sahaja menghancurkan Parler, kata Nunes.

Ini tidak masuk akal. Jadi saya tidak tahu mana peranan Jabatan Kehakiman sekarang, atau FBI, tambahnya.

Nunes juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat besar ini perlu didakwa secara jenayah. Nunes juga mengatakan bahawa beliau telah bercakap dengan beberapa anggota Kongres dan mereka sedang mencari dan mengkaji pilihan undang-undang dalam hal ini. Beliau juga telah meminta hakim Mahkamah Agung dan Persekutuan untuk campur tangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Parler John Matze berkata dalam Sunday Morning Futures terbitan Fox bahawa beliau percaya Apple, Google, dan Amazon telah berpakat untuk memastikan bahawa pada masa yang sama kami akan kehilangan akses kepada bukan sahaja aplikasi kami, bahkan mereka menutup semua pelayan kami di Internet pada malam ini , yang mana laman web Parler tidak tersedia bermula 11 Januari.

Aplikasi Parler (Olivier Douliery/AFP /Getty Images)

Jabatan Kehakiman, Apple dan Google tidak menjawab permintaan untuk memberi komen.

Jurucakap Amazon menyatakan Amazon tidak berkoordinasi dengan Apple atau Google. Beliau menunjukkan surat Amazon Web Services (AWS) yang dikirimkan kepada Parler, di mana ia menyatakan kami telah melihat peningkatan berterusan dalam kandungan ganas ini di laman web anda, yang semuanya melanggar syarat kami.

AWS menyediakan perkhidmatan dan teknologi kepada pelanggan di seluruh spektrum politik, dan kami berterusan menghormati hak Parler untuk menentukan sendiri kandungan apa yang akan diizinkan dari laman webnya. Namun, kami tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang tidak dapat mengenal pasti, dan mengalih atau memadam kandungan yang mendorong atau menimbulkan keganasan terhadap orang lain, tambah surat itu.

Maybe you're interested :



SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...