EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Skim Perumahan Belia dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

10 month ago, 15-Jan-2020

Kalau diberi peluang untuk beli rumah pertama, sape je yang tak nak. Kan?

Cuma Tok faham nak beli rumah pertama ni bukannya mudah. Bila ada offer skim oleh kerajaan, korang boleh tengok details. Mana tahu korang layak. Lagi cepat korang boleh beli rumah pertama.

Tok ada baca pasal Skim Perumahan Belia yang dah dilanjutkan 31 Disember 2021 ni. Menarik.

Tok baca maklumat ni dekat KPKT Malaysia dan myBSN. Ngam sangat untuk korang yang dah berkahwin dan tengah nak beli rumah pertama tu. Baca sampai habis tau.

Apa itu Skim Perumahan Belia (SPB)?

Skim ini diwujudkan khas bagi anak muda untuk mendapatkan bantuan pinjaman perumahan. Cagamas dan juga EPF turut terlibat di dalam Skim Perumahan Belia ini. Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk menolong anak muda bagi mendapatkan rumah pertama mereka. Skim ini hanya terhad kepada 20,000 unit rumah saja dan first come first served.

Siapa yang layak untuk memohon?

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belia yang telah berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
  4. Pembeli rumah pertama sahaja
: KPKT Malaysia

Apa yang bakal pemohon bakal dapat melalui skim ini?

  1. Jumlah pembiayaan : RM100,000 (minimum) sehingga RM500,000 (maksimum)
  2. Jumlah pembiayaan :

i) Up to 100% from purchase price

ii) MRTA/ MRTT of up to maximum 5% from purchase price.

3. Tempoh pembiayaan : Sehingga 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun

4. Interest / Profit Rate : Up to maximum BLR/ BFR 2.4% (Subject to terms and conditions)(Current BLR /BFR is 6.85%)

5. Konsep pembiayaan : Islamic dan konvensional

Inisiatif Kerajaan

  1. Ansuran bulanan RM200 kepada pemohon selama 2 tahun pertama
  2. Dokumen pembiayaan diberi pengecualian duti setem sebanyak 50%

Dokumen yang diperlukan untuk memohon skim ini

  1. Borang permohonan pembiayaan kewangan BSN
  2. Sales and Purchase Agreements / Deposit Receipt / Pro forma Purchase Orders
  3. Salinan kad pengenalan

Untuk pemohon bergaji:

  1. Slip gaji 3 bulan terkini
  2. Penyata bank 3 bulan terkini
  3. Penyata bank 6 bulan terkini (jika ada income tambahan)
  4. Penyata EPF
  5. Employment confirmation letter from employer
  6. Borang EA / EC

Untuk pemohon yang bekerja sendiri:

  1. Borang B/BE dan resit LHDN
  2. Surat Pendaftaran syarikat (SSM)
  3. Penyata bank 6 bulan terkini
  4. Lain lain dokumen (jika diperlukan)

Pemohon bersama (suami / isteri)

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Slip gaji 3 bulan terkini (jika bekerja)

Apa kriteria lain untuk skim ini?

Tertakluk kepada BSNs credit guidelines.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari:myBSN

Bagi tok, skim ni merupakan usaha yang baik oleh kerajaan untuk membantu anak muda beli rumah pertama. Jadi bagi korang yang layak, tak elok sia-siakan kelebihan ni.

Boleh cuba mohon ok?



SUMBER : gilahartanah.com



Live Website Traffic


loading...