www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pertikai proses pemilihan calon

0 month ago, 10-Nov-2018


PRESIDEN Kelab Bolasepak Victoria Institution, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah turut mempertikaikan proses pemilihan calon bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang disifatkan tidak telus dan sedikit kelam kabut.

Menurutnya, Presiden KLFA ketika ini, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan dilihat ingin menyambung perkhidmatannya dengan menawarkan diri untuk terus kekal selaku peneraju KLFA dan terus bertanding bagi sesi 2018-2022 serta situasi sama juga berlaku kepada setiausaha agungnya yang juga calon ingin bertanding.

"Sepatutnya mereka perlu meletakkan jawatan terlebih dahulu sebelum bertanding dan dengan tindakan itu ia dilihat lebih telus kerana mereka masih memegang jawatang masing-masing ketika ini.

"Pastinya proses pemilihan ini akan diragui kerana pada masa sama mereka juga adalah calon yang bertanding bagi sesi 2018 -2022. Jadi bila situasi ini berlaku maka pihak KLFA perlu ada satu badan bebas untuk menerajui proses pemilihan dalam KLFA pada kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kemelut yang mula bercambah dalam KLFA berhubung pemilihan Presiden KLFA yang baharu bagi sesi 2018-2022 yang dijadualkan berlangsung pada kongres KLFA, 18 November ini.

Dalam pada itu, Mohd Irwan Rizal turut meragui intergriti KLFA dalam mengendalikan proses pemilihan dan turut kesal dengan apa yang berlaku ketika ini.

Katanya, perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku termasuk hanya 31 badan gabungan sahaja yang berhak untuk mengundi sedangkan KLFA mempunyai lebih 60 ahli gabungan.

"Apa jadi dengan ahli gabungan yang lain , sekiranya mereka tidak berhak mengundi atas apa jua alasan, mengapa perkara ini tidak dimaklumkan terlebih awal agar mereka dapat mengenal pasti punca kenapa hak mereka dinafikan," katanya yang juga ahli gabungan KLFA.

Pertikai proses pemilihan calon Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts