EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Suku Pertama 2021 Malaysia Perolehi Pelaburan Bernilai RM80.6 Bilion

0 month ago, 10-Jun-2021

Walaupun berdepan dengan krisis COVID-19, prestasi pelaburan negara pada suku pertama tahun 2021 jelas memaparkan peningkatan dengan rekod pelaburan diluluskan berjumlah RM80.6 bilion.

Peningkatan lebih 95% ini meliputi 993 projek dan sasaran perluasan peluang pekerjaan sekitar 32,557.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) langkah yang agresif nyata meningkatkan pemerkasaan pelaburan dari para pelabur.

Untuk makluman, rekod pelaburan tersebut merangkumi sektor perkilangan (RM58.8 bilion), perkhidmatan (RM15.6 bilion) dan utama (RM6.2 bilion).

Sementara itu, pelaburan langsung asing ke Malaysia (FDI) yang telah diluluskan setakat ini telah meningkat kepada RM54.9 bilion bagi tempoh Januari sehingga Mac 2021. Lonjakan itu memperlihatkan peningkatan kepada 68.1% berbanding tahun 2020 suku pertama.

peningkatan kemasukan pelaburan asing ini dicetuskan oleh:

  • Singapura RM43.1 bilion
  • Belanda RM5.0 bilion
  • Korea RM4.3 bilion
  • Taiwan RM500 juta
  • Hong Kong RM300 juta

Manakala 5 negeri Malaysia pula menyumbang kepada RM68.4 bilion (84.9%) daripada jumlah pelaburan keseluruhan untuk 3 bulan pertama 2021:

  • Kedah RM43 bilion
  • Selangor RM8.6 bilion
  • Sarawak RM6.9 bilion
  • Sabah RM5 bilion
  • Kuala Lumpur RM4.9 bilion



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...