Kali pertama jumpa, gadis kecewa pakwe cuma bawa pergi drive thru je akhirnya menerima padah
0 month ago, 14-May-2022
Perkenalan menerusi media sosial merupakan salah satu langkah untuk menjalinkan percintaan. Cara tersebut menjadi pilihan anak muda sekarang dalam mencari pasangan kerana lebih mudah dan tidak perlu bertentang mata terlalu awal.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Namun, selepas masing-masing bersedia untuk bertemu, rasanya kedua-dua pihak perlulah mengambil kira dari segala segi terutamanya tempat untuk berjumpa.
Video berkenaan telah dimuat naik kembali oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @amer_aljeffrey dan menuai pelbagai maklum balas daripada netizen.
Ada berpendapat bahawa gadis terbabit agakdemandmemandangkan pihak lelaki telah keluar modal lebih untuk bawanyadatingsedangkan itu kali pertama mereka berjumpa.
FIRST DATE DAH NAIK KERETA SAMA TAK TAKUT KE?
Namun, ada juga merasakan tindakan bertemu kali pertama dengan individu yang dikenali menerusi media sosial pada waktu malam agak menakutkan kerana kita tidak tahu niat sebenarnya ketika itu.
UNTUNG ADA ORANG NK LAYAN KAU
BF TAKUT KANTOI DENGAN GF LAIN KOT
PATUT CAKAP DARI AWAL
CAKAP TERUS DEPAN MUKA, BUAT APA UP MEDIA SOSIAL
MAKAN PUN ORANG BELANJA, BANYAK BUNYI PLAK
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut hanyalah konten yang diperoleh dari media sosial. Kesahihan dan luahan dari gadis berkenaan tidak dapat dipastikan kebenarannya.
Tapi yang terpenting, dalam perhubungan seharusnya ada komunikasi. Lagi baik jika kita berterus terang apa yang kita suka ataupun tidak kepada pasangan agar tiada cakap-cakap belakang di kemudian hari.
Tonton Video:
— Mems (@amer__aljeffrey) May 13, 2022
: Twitteramer_aljeffrey,@nzranasr