www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pertahan Kemenangan Lebih Sukar

0 month ago, 07-Nov-2018


Oleh : Nooreni Abu Bakar.

KUALA NERUS Muslimat diingatkan bahawa mempertahankan kemenangan yang dicapai di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) adalah lebih sukar bekerja untuk mendapat kemenangan tersebut.

Ketua Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman amat mengharapkan muslimat mestilah menjadi tulang belakang kepada kerajaan PAS Negeri Terengganu.

Mesti bekerja bersungguh-sungguh bekerja secara work hard , work smart , cara yang lebih terancang, cara yang lebih teratur, jelasnya.

Zarani berkata demikian ketika menyampaikan ceramah untuk Slot Ketiga di Himpunan Mujahidah 5.0 yang berlangsung di Kompleks Tarbiyyah Darul At Taqwa ( KOMTAQ), Kuala Terengganu.

Setiap tindak tanduk kita diperhatikan kerajaan negeri Terengganu ini,

Sekiranya kita hebat, Alhamdulillah, sekiranya kita bersatu dalam kita menunaikan amanah Allah, di PRU15 rakyat akan mengajar kita, tambah beliau lagi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Marang itu juga mengajak mujahidah menjadi qudwah hasanah di dalam setiap tindakan.

Bukan hanya menjadi penyokong tetapi menjadi pendokong kepada perjuangan Islam yang memahami Islam, dengan erti kata yang sebenar , marilah apa pun ujian, apa sekalipun, tidak dapat menguga, jelas beliau dengan penuh bersemangat.



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts