EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kim Swee pertahan formasi

0 month ago, 04-Dec-2019

"KENAPA baru sekarang nak pertikai formasi kita". Itu jawapan pengendali skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee apabila ditanya mengenai formasi 3-4-3 menjadi punca kegagalan pasukan menyerlah di Sukan Sea 2019 Filipina.

Jelas Kim Swee, beliau mempertahankan taktikal dipertaruhkan sepanjang empat aksi peringkat Kumpulan A temasya dwitahunan itu biarpun skuadnya mengalami dua kekalahan memalukan kepada tuan rumah Filipina (0-1) dan Kemboja (1-3) sekali gus menyaksikan harapan Malaysia mengulangi pencapaian dua tahun lalu mara ke final musnah.

"Bila kita layak ke peringkat suku akhir dan menewaskan Korea Selatan (Sukan Asia 2018), tak ada pun orang bertanya tentang formasi saya. Tapi kenapa mempertikaikan formasi sekarang sedangkan ramai pemain yang sama.

HADI Fayyadh cuba membolosi gawang Kemboja.

Jadi saya rasa itu hanya satu isu yang sengaja mahu ditimbulkan. Jika kita melihat formasi, ia ada macam-macam formasi. Kita boleh bermain (formasi lain) tetapi kalau kita bermain tidak mengikut kehendak kita, dah tentu ia tetap tidak menyebelahi kita," katanya pada sidang media di Stadium Memorial Rizal, hari ini.

Kegagalan Kim Swee membawa pasukan melepasi peringkat kumpulan adalah yang kedua selepas turut terkandas pada temasya 2015 di Singapura.

Jelas bekas pemain kebangsaan itu, tempoh persiapan yang singkat turut mendorong prestasi pasukan yang gagal membentuk kombinasi terbaik sebelum ke Filipina.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...