EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sesi persekolahan tetap dibuka 20 Januari ini

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0
Dr Mohd Radzi Md Jidin

CYBERJAYA – Sesi persekolahan bagi tahun ini kekal dibuka seperti biasa pada 20 Januari ini berdasarkan perintah kawalan yang dikuat kuasakan di negeri masing-masing.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, bagi negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya murid yang bakal mengambil peperiksaan utama sahaja yang perlu hadir secara bersemuka ke sekolah.

Beliau berkata, bagi murid lain-lain darjah dan tingkatan akan melaksanakan pembelajaran di rumah.

“Bagi murid pra sekolah hingga tahun enam di sekolah di negeri-negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula mereka perlu hadir pada 20 Januari ini.

“Untuk murid di tingkatan satu di negeri PKP mereka akan mengikuti sesi pembelajaran di rumah tetapi untuk murid
tigkatan satu di negeri PKPB dan PKPP akan diadakan secara bersemuka.

“Bagi murid tingkatan dua di negeri PKP mereka akan mengikuti pembelajaran di rumah namun bagi murid tingkatan yang sama di negeri PKPB dan PKPP mereka akan belajar di rumah sehingga 8 Mac,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan pelajar sekolah menengah yang akan mengambil peperiksaan penting didahulukan.

Menyentuh mengenai prosedur operasi standard (SOP), beliau berkata, SOP di semua negeri adalah sama dan pihaknya berharap pematuhan dapat dilakukan.

“Antara cabaran utama ialah ketika murid ingin pulang dari sekolah, justeru kita berharap pihak sekolah dapat bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya penyuraian murid berlaku dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bagi guru-guru pula, mereka perlu berada di stesen masing-masing sebelum sesi persekolahan dibuka pada 20 Januari ini.-MT

Sesi persekolahan tetap dibuka 20 Januari ini Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...