EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Peroleh 10G Dalam Keputusan SPM, Daiyan Trisha Tampil Luah Sesuatu

0 month ago, 10-Jun-2021

For those yang tak dapat results seperti yang dimahukan, relax. Spm ni hanya satu tiket untuk ke menara gading. Ramai dah aku tengok Spm tak perform sangat pun mai tang kat univerisiti, pergh boleh kata 4 flat tiap sem. Yang penting kita kena ada semangat nak belajar

Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya, itu lah kata-kata nasihat yang pastinya menjadi penguat semangat bagi mereka yang tidak berjaya memperoleh kejayaan.

Hal yang demikian kerana kesulitan itu sebenarnya dikatakan sebagai satu nikmat apabila seseorang itu pernah menghadapi kej.atuhan, maka halangan kecil akan menjadi penawar dek pengalaman dan pengajaran ketika berdepan cabaran besar sebelum ini.

Namun, jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk terus terduduk malah tiada jalan pintas untuk seseorang itu berjaya dalam kehidupan jika tidak berusaha ke tahap maksima.

Mengetahui hal itu, pelakon jelita Daiyan Trisha kali ini tampil memberi kata-kata semangat kepada para pelajar yang telah mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sekali gus menzahirkan ucapan tahniah bagi setiap kejayaan yang diperoleh.

Sejujurnya saya sangat bangga dengan anda semua kerana pengalaman untuk menjawab kertas peperiksaan sepanjang musim pandemik bukan perkara yang mudah, para pelajar pun tidak hadir ke sekolah 100 peratus ditambah pula dengan cabaran belajar secara virtual

Memuat naik ciapan menerusi Twitter, Daiyan tetap memuji usaha dan kegigihan para pelajar yang telah bertungkus-lumus menimba ilmu meskipun menghadapi cabaran besar ketika penularan wabak C.ovid-19 mengh.entam dunia.

to my adik-adik yang baru amek result SPM, congrats to all of you!

it wasn't easy, sitting for an important exam in the middle of a pandemic. i am so proud of you! apa-apa pun result anda, perjalanan masih panjang. stay resilient, have faith & fly high ?

Aaidaa Zubir, 10G

Daiyan Trisha (@daiyantrisha) June 10, 2021

Hantaran yang dimuat naik itu sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para pelajar yang telah menerima keputusan SPM tahun 2020 yang seharusnya menarik nafas lega apabila sudah memperoleh kemerdekaan dan dinasihatkan untuk tetap berusaha di masa hadapan kerana mengetahui perjalanan bagi meraih sesebuah kejayaan itu masih panjang.

Wow, excellent! kalau tak jadi anchor and k.antoi, ni lah sebenarnya result saya ok, thanks. Aaidaa Zubir, sepatutnya 10A

Selebriti jelita yang begitu dekat dengan watak lakonanya sebagai pelajar dalam sebuah drama bersiri terkenal, dia akui kegagalan kerana memperoleh keputusan 10G dalam drama berkenaan sedikit sebanyak telah memberi pengajaran kepada golongan mahasiswa yang menggemari akan cerita berkenaan.

Menurut sumber sebuah laporan berita, seramai lebih 9 ribu calon peperiksaan SPM 2020 memperoleh keputusan yang cemerlang dengan gred A bagi semua mata pelajaran manakala sebanyak 4 ribu lebih calon ataupun 1.16 peratus telah mendapat gred semua G berbanding 1.11 peratus pada SPM 2019.

Oleh itu, meskipun dik.ritik kerana gagal memperoleh kejayaan pada cabaran kali ini, para pelajar harus tetap berjuang kerana gagal juga merupakan proses pembelajaran untuk terus maju di masa hadapan.

Apa yang penting, kita harus bangkit daripada kekalahan dan teruskan berusaha sehingga berjaya tiba di menara gading.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

: Twitter Daiyan Trisha via hotfm

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...