EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pernah Buat Baju Tokti, Designer Malaysia Wakil Korea Bersama NAMCIN

0 month ago, 20-Mar-2020

Nama pereka fesyen Anas Abdullah Kuala Lumpur mungkin tidak segah nama pereka fesyen tempatan yang lain. Namun, Anas Abdullah yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam industri fesyen tempatan pernah mereka baju beberapa nama artis terkenal tanahair termasuklah Dato Seri Siti Nurhaliza, Siti Nordiana, Wani Kayrie, Nasha Aziz, Aleeza Kasim, Amyra Rosli, Noralbaniah dan Azura Aziz untuk digayakan bagi program TV dan majlis anugerah berprestij. Selebriti luar negara turut sama pernah menyarungkan baju Anas iaitu Hetty Sarlene dari Singapura, Cita Citata dari Indonesia dan Han Byul dari Korea.

Anas Abdullah Bersama Dato Seri SIti Nurhaliza dan Ramlah Ram.

Mempunyai banyak cawangan butik termasuklah di Singapura, Anas Abdullah pernah diiktiraf Malaysia Book Of Records dengan menganjurkan pertunjukan fesyen pertama melibatkan individu Down Sindrom pada April 2019. Malah, Anas juga Designer pertama Malaysia yang menggabungkan 43 kanak-kanak down syndrome bersama 30 selebriti tempatan dalam satu pentas runway.

Siti Nurhaliza dan Hazami mengenakan baju rekaan Anas.

Menariknya, Anas yang dikurniakan anak istimewa juga pernah membantu wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik peringkat dunia. Malah Ratu Cantik dari negara lain turut memilih rekaan Anas iaitu Miss World New Zealan 2019o Jessica Tysondan. Rekaan Anas turut pernah digayakan model Down Sindrome terkenal iaitu Madeline Stuart yang juga model antarabangsa pertama Down Sindrome yang berasal dari Amerika Syarikat.

Banyak kali menerima pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records.

Pencapaian demi pencapaian dicipta figura kecil molek ini dalam industri fesyen tempatan. Terbaru, Anas yang terus kreatif mencipta pelbagai fesyen untuk warga tempatan bakal melancarkan jenama baru iaitu Namcin menjelang Oktober 2020. NAMCIN yang diambil dari bahasa Korea iaitu Teman Lelaki merupakan koleksi pakaian lelaki pertama yang bakal dilancarkan Anas. Dengan pelancaran NAMCIN, ia juga membuktikan Anas bukan saja pakar dalam mereka pakaian wanita tetapi turut hebat mereka pakaian lelaki.

Hanbyul pernah memakai baju Anas di Big Stage 2.

Sebelum ini, ramai juga artis lelaki Malaysia pernah memakainya rekaannya. Malah, penyanyi dari Korea iaitu Han Byul pernah memakainya sewaktu program Big Stage musim kedua. Berkat pengalamannya bekerja dengan syarikat dari Korea sebelum ini, Anas tidak kekok dan terus mencabar diri membuat baju yang sesuai dengan selera masa kini yang banyak berkiblatkan fesyen bintang K-POP.

Ratu cantik yang memakai baju rekaan Anas.

Mengulas mengenai projek NAMCIN, Anas begitu terharu dengan pemilihannya dalam projek yang melibatkan dirinya untuk wakili Korea dan Malaysia dalam pertandingan Model iaitu Altitude Model Look Final World yang ditangguhkan dari Julai 2020 ke Oktober 2020.

Ratu Cantik Hawaiii & Model Down SIndrom Pertama di USA dengan baju Anas.

Saya gembira dan teruja untuk membuat baju peserta dari Korea dan Malaysia untuk pertandingan tersebut. Apabila menerima tawaran dari National Director Korea & Malaysia program ini, saya merasa bertuah kerana peluang sebegini bukan senang untuk diterima pereka fesyen tempatan. Jadi, saya juga akan cuba sebaik mungkin membuat baju yang mempunyai imej Malaysia untuk peserta dari Malaysia dan juga imej Korea bagi peserta Korea.

Sarah Suhairi mengenakan baju Anas sewaktu mengadakan persembahan di Korea.

Walaupun ini bukan pertama kali saya cipta baju untuk wakil Malaysia, tetapi saya begitu teruja untuk membuat baju wakil Korea kerana ia secara tidak langsung memberi peluang saya menonjolkan rekaan saya untuk lelaki ke peringkat antarabangsa. Saya tambah seronok kerana saya juga akan melancarkan koleksi pakaian lelaki sempena pertandingan ini di bawah label NAMCIN, katanya.

Berharap Namcin diterima semua.

Tambah seronok bercerita mengenai NAMCIN, idea ini terhasil dari perbincangan bersama National Director Altitude Model Look Korea & Malaysia yang begitu prihatin serta mahu lihat kejayaan pereka fesyen tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Model antarabangsa gemar dengan rekaan Anas.

NAMCIN merupakan kempen yang memberikan saya untuk bekerjasama dengan netizen untuk mencipta baju yang sesuai untuk pertandingan tersebut. Saya tidak mahu menghasilkan baju yang mengecewakan warga Malaysia. Apatah lagi baju ini untuk wakil Malaysia dan Korea kelak. Oleh itu, saya berhasrat NAMCIN mendapat sambutan dari netizen dengan menyokong kempen yang dijalankan di laman Instagram saya dan AML, ujarnya.

Anas teruja melancarakan baju lelaki tidak lama lagi.

Hasil rekaan ini bakal di pamerkan nanti dalam sebuah pertunjukkan fesyen yang bakal diadakan sebelum Oktober depan di Kuala Lumpur. Rekaan tersebut bukan saja dimeriahkan oleh wakil AML Malaysia dan Korea, ia turut memberi peluang anda untuk memakai dan memiliki rekaan NAMCIN. Semoga perjuangan Anas Abdullah terus diiktiraf dan boleh meraih kemenangan nanti dalam AML2020.


SUMBER : eh.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...