EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pernah Menjadi Bangunan Tertinggi Di Dunia, Kumpulan Pelancong Panik Dan Kelam Kabut Apabila Lantai Kaca Retak Di Tingkat 103

0 month ago, 03-Dec-2019

teamnetizen.com - Pernah Menjadi Bangunan Tertinggi Di Dunia, Kumpulan Pelancong Panik Dan Kelam Kabut Apabila Lantai Kaca Retak Di Tingkat 103

Pernah Menjadi Bangunan Tertinggi Di Dunia, Kumpulan Pelancong Panik Dan Kelam Kabut Apabila Lantai Kaca Retak Di Tingkat 103 Bangunan Lokasi Pelancongan Yang Terkenal Itu.teamnetizen.com - Pernah Menjadi Bangunan Tertinggi Di Dunia, Kumpulan Pelancong Panik Dan Kelam Kabut Apabila Lantai Kaca Retak Di Tingkat 103Bandaraya Chicago merupakan salah satu bandaraya yang menjadi tumpuan ramai di Amerika Syarikat serta merupakan bandaraya yang ketiga paling padat di Amerika Syarikat. Kawasan metropolitan Chicago yang dikenali ramai sebagai Chicagoland mempunyai lebih 9.5 Juta orang.

Jika berkunjung ke Amerika Syarikat, pasti ramai pelancong tidak melepaskan peluang untuk berada di bangunan tertinggi dalam bandar Chicago iaitu The Willis Tower. The Willis Tower menawarkan pemandangan panorama yang menarik dan memukauhingga membuatkan ramai yang terpaku melihat pemandangan indah bandaraya itu.

Ianya dilengkapi dengan lantai kaca yang digelar Skydeck pada tingkat 103 bagi membolehkan pengunjung melihat pemandangan secara terus ke bawah.

teamnetizen.com - Pernah Menjadi Bangunan Tertinggi Di Dunia, Kumpulan Pelancong Panik Dan Kelam Kabut Apabila Lantai Kaca Retak Di Tingkat 103
The Willis Tower

Namun, pada minggu lalu, Skydeck yang sesak dengan kedatangan pengunjung tiba-tiba menjadi retak seribu menyebabkan semua panik dan berlari keluar.

Saksi, Jesus Pintado berkata, dia yang sempat merakamkan kejadian tersbut merasa cukup takut sewaktu insiden itu berlaku.

Ada seorang wanita dengan dua kanak-kanak. Mereka kelihatan pucat dan ketakutan sewaktu lantai kaca tersebut retak, katanya.

teamnetizen.com - Pernah Menjadi Bangunan Tertinggi Di Dunia, Kumpulan Pelancong Panik Dan Kelam Kabut Apabila Lantai Kaca Retak Di Tingkat 103

Menurut jurucakap menara berkenaan, lantai yang retak itu hanyalah lapisan luar pelindung bukan lantai kaca yang sebenar.

Difahamkan, kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 2014 yang memaksa penutupan tingkat 103 menara berkenaan. Ianya kemudian dibuka semula selepas pembaikan dijalankan.

teamnetizen.com - Pernah Menjadi Bangunan Tertinggi Di Dunia, Kumpulan Pelancong Panik Dan Kelam Kabut Apabila Lantai Kaca Retak Di Tingkat 103

The Willis Tower yang dibuka pada tahun 1974 memegang rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia selama 25 tahun. Manakala tarikan lantai kaca mula diperkenalkan sejak tahun 2009.

VIDEO:

Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku, semoga pihak pengurusan mengambil langkah keselamatan dan maintenance yang lebih efektif dan kerap di masa akan datang.

: Daily Star


SUMBER : teamnetizen.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...