EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pernah ke Indonesia awal bulan, lelaki 35 tahun korban Covid ke-24

0 month ago, 27-Mar-2020

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kematian koronavirus baru (Covid-19) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 24 kes setakat ini.

Menurutnya, kes kematian ke-24 (kes ke-1056) itu membabitkan lelaki tempatan berusia 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan ini.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah

Posted by Noor Hisham Abdullah onThursday, March 26, 2020

Mangsa mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan hasil ujian pengesahan didapati positif pada 20 Mac lalu.

Kesihatan mangsa merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada malam tadi sekitar jam 9.30 malam.

: Noor Hisham Abdullah


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...