EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pernah derita akibat disihir, Instafamous Aisyah Hijanah selamat bersalin

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Semalam, telah berakhir penantian selama beberapa tahun bagi pasangan suami isteri Instafamous iaitu Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah apabila mereka selamat menimang cahaya mata sulung perempuan.

Berita gembira tersebut dikongsi kepada pengikut mereka menerusi sebuah posting berbentuk video di laman sosial Instagram milik Alif sendiri.

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki berusia 28 tahun itu sedang mendukung dan mengiqamahkan bayi perempuan seberat 3.23 kilogram yang dibaluti kain merah jambu bercorak bunga.

Sebak hati lihat isteri menahan sakit. Setiap saat pujukan bersulam kata-kata semangat diberikan. Sabar sayang, sikit sahaja lagi. Aisyah kuat, Aisyah tahan ya,
Tak kering lidah dengan doa-doa untuk mengangkat kesakitan dibaca. Namun keperitan tetap terasa. Seolah2 separuh nyawa direntap keluar dari badan.
Itulah ujian bersalin, Moga Allah gugurkan dosa dan beri ganjaran pahala berlipat ganda, luah usahawan yang juga hos TV itu.

Alif juga tidak lupa mendoakan isterinya yang telah berjuang menahan kesakitan demi melahirkan bayi tersayang.

Terdahulu menerusi laporan media, isterinya yang berusia 22 tahun itu pernah menanggung derita selama lebih setahun akibat perbuatan sihir.

Kisah bermula apabila masalah darah haid keluar tanpa henti selama dua bulan. Selain itu, Aisyah turut mengalami sakit pinggang serta belakang badan mempunyai kesan lebam seperti dicubit.

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila dia kerap berasa tidak selesa setiap kali mengenakan tudung pada jangka masa lama, selain kepalanya menjadi sakit setiap kali keluar rumah sehingga rasa hendak muntah.

Aisyah menyedari kejadian tersebut berlaku sebelum mereka berkahwin lagi. Selama ini dia menyangka kitaran haid tersebut adalah disebabkan hormon.

Kini, wanita itu sudah semakin pulih dan syukurlah setelah beberapa tahun menunggu zuriat, mereka dikurniakan zuriat yang comel.

Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas kehadiran si kecil dalam kehidupan mereka berdua.

Pasangan merpati sejoli ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2017. Bagaimanapun, pasangan tersebut belum mengumumkan nama cahaya mata mereka.

: Instagram Alif Teega , mStar Online



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...