EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pernah Dating Aktor Korea, Ni Fakta Menarik Tentang Si Mulan Liu Yifei

0 month ago, 11-Jul-2019

Siapa aktres bertuah ini yang membawakan watak Mulan?

Perkenalkan aktres China Liu Yifei! Sejak diumumkan Disney dan ke trailer Mulan versi live-action, rata-rata netizen teruja mahu mengetahui perihal peribadi aktres cantik ini.

Tahukah anda si cantik 32 tahun ini pernah bermain cinta tengan aktor tersohor Korea tetapi putus di tengah jalan?.. Nak tahu apa lagi yang menarik tentangLiu Yifei, teruskan pembacaan.

Kelahiran China

Yifei dilahirkan pada 25 Ogos 1987, di Hubei, China. Dia tinggal dan belajar di New York selama beberapa tahun dan kemudiannya belajar Performance Institute of theBeijing Film Academy. Yifei mula menceburi dunia lakonan ketika di usia 15 tahun lagi menerusi siri televisyen China.

Foto Facebook

Selebriti Kesayangan China

Yifei juga dikenali sebagai Crystal Liu dan mendapat julukan Fairy Sister di negara kelahirannya kerana terkenal dengan sikap lemah lembut dan budi pekerti.

Ada Bakat Menyanyi

Ya siapa sangka Liu Yifei juga adalah penyanyi.Dia menandatangani Sony Music Entertainment Japan pada tahun 2005 dan telah mengeluarkan dua album.

Pernah Berlakon Bersama Jackie Chan, Jet Li

Sebelum Mulan, Yifei terlebih dahulu mengasah bakat lakonannya dalam beberapa filem hebat sepertiThe Forbidden Kingdom (2008), Outcast (2014), dan Never Gone (2016).Yifei sebagai Golden Sparrow dari filem fantasi The Forbidden Kingdom, yang turut dibintangi oleh Jackie Chan, Jet Li dan Michael Angarano.

Kekasih Hati Song Seung Heon

Mereka pertama kali bertemu pada tahun 2013 ketika berkerjasama dalam filem China-Korea The Third Way of Love. Mula dating dari tahun 2015 hingga 2018. Pada Januari 2018, agensi Song Seung Heon mengumumkan kedua pasangan merpati sejoli memutuskan hubungan kerana masalah kekangan jadual.

Foto jpnn.com
Foto koogle.tv

Dialah Mulan

Liu Yifei berjaya mengalahkan ribuan wanita dan berjaya melakonkan watak Mulan. Pada November 2017, Disney mengumumkan bahawa semasa sesi pencarian Mulan,mereka nekad untuk mencari pelakon keturunan Cina dan akhirnya memilih Yifei untuk peranan yang didambakan.

Wah tak sabar nak lihat Liu Yifei beraksi sebagai Mulan..

BACA Tampil Deko Ala K-Drama "Stairway To Heaven", Kafe Korea Ni Serius Gerun

SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com