www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


PERMATA Kepada GENIUS: Kerasukan Politik Yang Tidak Waras

0 month ago, 16-Apr-2019


KUALA LUMPUR, 16 April Penjenamaan semula Program Permata Negara (PERMATA) kepada GENIUS oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) hakikatnya menunjukkan kepada rakyat bahawa negara sedang berdepan dengan Permata Yang Hilang’.

Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Adnan Seman berkata langkah tersebut boleh dilihat sebagai pelengkap kepada beberapa langkah sebelum ini seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dituduh rasuah namun dijenamakan semula sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) pula dijenamakan semula sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), AES dijenamakan semula sebagai AWAS dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dijenamakan semula sebagai Pusat Komuniti Desa (PKD).

Kita memahami bahawa kerajaan PH tidak mahu dilihat mengakui kejayaan dan pencapaian kerajaan BN apatah lagi program-program yg telah terbukti berjaya pelaksanaannya dan penghasilannya yang selama ini walaupun sebelum PRU-14 dikecam dengan pelbagai kecaman. Jadi takkan mereka nak jilat balik ludah mereka.

Namun dalam pendidikan anak-anak janganlah ianya turut dipolitikkan. Sekiranya pendidikan pun hendak dipolitikkan sehinggakan nama PERMATA pun menjadi masalah besar maka kita memang wajar berasa sedih dan jijik dengan tahap politik sebegini, katanya menerusi catatan di Facebook beliau, di sini, hari ini.

Adnan seterusnya mempersoalkan mengapa penjenamaan PERMATA kepada GENIUS ini wajar dikritik sebagai kerasukan politik yang tidak waras, antara lain adalah anak-anak dan tentunya yang terpilih memasuki program tersebut bukanlah untuk mencari yang genius tetapi mencari permata ibu bapa dan lebih jauh lagi permata kepada negara.

Perkataan PERMATA amat bersesuaian dengan program yang dijalankan dan menepati falsafah pendidikan program tersebut. PERMATA bukan sahaja lembut sebutannya malah mempunyai nilai yang sangat tinggi bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga mempunyai nilai yang sangat tinggi dari pengertiannya dan sentiasa menjadi rebutan dan keinginan semua.

Program PERMATA bukan hanya untuk anak-anak pintar di bawah program PERMATA PINTAR sebaliknya ianya juga mempunyai banyak lagi program termasuk PERMATA KURNIA iaitu pendidikan khusus untuk anak-anak Autisme. Perkataan GENIUS tidak menggambarkan falsafah program-program yg dijalankan di bawah PERMATA malah ianya mengubah pengertian matlamat dan kepentingan mencungkil dan membina bakat-bakat dan kepandaian PERMATA negara.

Penjenamaan semula ini akan merugikan negara kerana kos penjenamaan semula ini melibatkan jumlah yang sgt besar. Semua material yg digunakan perlu dicetak semula selain semua papantanda atau apa shj yg menggunakan perkataan PERMATA juga perlu diubah kepada GENIUS. Bukankah ianya satu pembaziran,” tambahnya.

Tambahnya lagi sewajarnya Menteri PH dan kerajaan PH menumpukan kpd penambahbaikkan program atau membuat cetusan idea-idea baru sepertimana yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini agar kita dapat melihat kemajuan. – MediaUMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts