EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Permata dalam pembikinan

0 month ago, 22-Mar-2020

JURULATIH berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah menyifatkan masa depan bola sepak negara kini berada pada landasan tepat dengan kelompok pemain di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) bakal muncul sebagai generasi emas skuad Harimau Malaya.

Jelas Azraai, peningkatan mendadak serta kematangan permainan oleh pasukan Bawah 16 (B-16) AMD dalam saingan Piala Belia membuktikan skuad muda negara itu memiliki kualiti hebat.

Katanya, biarkan skuad itu dipalit dengan masalah penggunaan jersi cabuk namun pemain tetap mempamerkan aksi memgagumkan apabila merakam empat kemenangan dalam lima aksi setakat ini.

Tambahnya lagi, kancah Piala Belia yang membabitkan persaingan pemain berusia 19 tahun langsung tidak menggugat mental pemain skuad B-16 AMD yang lebih muda.

Apa yang dipersembahkan pasukan AMD memang membawa petanda positif yang baik kepada bola sepak Malaysia.

Kelompok pemain terbaik yang dihimpunkan dari seluruh negara di samping bimbingan jurulatih yang berkelayakan, kini kita dah boleh lihat masa depan yang bagus buat bola sepak negara.

Kita juga dapat tengok bagaimana mental pemain muda ini tidak sikit pum terjejas meskipun diberi jersi lama untuk dipakai. Saya percaya ini pasukan yang akan membanggakan negara suatu hari nanti, katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Berdasarkan keputusan aksi Piala Belia, skuad B-16 AMD kendalian P Somasundram kini gah mengungguli carta Kumpulan A dengan 13 mata daripada lima aksi.

Skuad masa depan negara itu mudah membenam Pulau Pinang 5-0 sebelum meneruskan rentak kemenangan ke atas PDRM (5-0), Kelantan (1-0) dan Terengganu IV (2-1) sebelum diikat Felda United (2-2).

Sebelum ini, Arena Metro mendedahkan pasukan itu terpaksa memakai jersi lama yang tertanggal logonya ketika skuad AMD yang berada dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) diperuntukkan dengan dana yang besar.

Bagaimanapun, masalah jersi itu bakal berakhir selepas disahkan pelatih-pelatih AMD akan menerima tajaan baharu membabitkan pemberian pakaian sukan jenama tempatan bermula bulan depan.

Berita berkaitan


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...