EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Permaisuri prihatin, masak sendiri dan agihkan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh

0 month ago, 23-Mar-2020

Rakyat Malaysia secara umumnya pasti sudah mengetahui bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat gemar memasak. Malah Tunku langsung tidak lokek berkongsi resipi masakannya.

Permaisuri begitu tahu selok-belok tentang masakan dan masak sendiri, dan kalau makan dia rasa lain macam, dia tahu apa yang kurang. Lebih daripada itu, saya nak berkongsi di sini bukan saja dia pandai memasak, tetapi dia cepat pula memasak.

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditemu bual oleh Astro Awanisempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada 30 Julaitahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by House of Pahang (@houseofpahang) on

houseofpahang/Instagram

Memang tidak dapat kita nafikan kepakaran Tunku Aminah ketika memasak, lebih-lebih lagi dalam jumlah yang banyak. Sebelum ini, baginda juga tidak mempunyai masalah untuk menyediakan hidangan buat petugas di istana.

Kini, baginda sekali lagi mengharukan jutaan rakyat Malaysia apabila memberikan sumbangan berupa makanan kepada para kakitangan Hospital Sungai Buloh yang bertugas di saat pandemik COVID-19 melanda.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh puteri baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah di laman Twitter. Tweet tersebut turut disertai dengan sekeping gambar yang menunjukkan bungkusan makanan yang ingin diagihkan.

Tuanku Permaisuri Agong memasak untuk pekerja pekerja (nurses/doctors) di Hospital Sungai Buloh pic.twitter.com/wndE746Ez0

TPA (@tengkuafzan1) March 21, 2020

@tengkuafzan1/Twitter

Menurut Tengku Afzan, Raja Permaisuri Agong telah meyediakan makanan tersebut dengan memasak sendiri khusus untuk para doktor dan jururawat yang bertugas di Hospital Sungai Buloh.

Sehingga kini, tweet berkenaan menerima lebih 15,000 retweet oleh para pengguna dan rata-ratanya berasa sangat terharu dengan keprihatinan baginda terhadap para petugas perubatan.

@tengkuafzan1/Twitter

@tengkuafzan1/Twitter

@tengkuafzan1/Twitter

@tengkuafzan1/Twitter

Sememangnya para doktor dan jururawat berkenaan layak menerima pemberian sebegini. Mana tidaknya, mereka bertugas tanpa mengira masa untuk memastikan setiap pesakit COVID-19 di sana menerima rawatan.

Sudah tentu hidangan istimewa yang dimasak sendiri oleh Raja Permaisuri Agong secara tidak langsung dapat menaikkan semangat serta terus memotivasikan mereka dalam menjalankan tugas. Semoga semua urusan mereka dipermudahkan. Terima kasih Tuanku.

Permaisuri prihatin, masak sendiri dan agihkan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...