EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Permainan bahaya, Running Man dikritik

0 month ago, 19-Nov-2020


KOREA: Tayangan episod baharu program hiburan popular Running Man baru-baru ini menjadi topik perdebatan peminat dalam media sosial.

 

Episod berkenaan memaparkan anggota program bermain sejenis permainan diberi nama rubber band frog. Mereka perlu meletakkan getah pengikat pada bahagian wajah.

 

Kesemua anggota termasuk tetamu undangan perlu meletakkan sebanyak mungkin getah pengikat selagi mampu sekiranya mahu memenangi permainan tersebut.

 

Bagaimanapun, selepas episod tersebut ditayangkan, peminat meluahkan perasaan kurang senang. Masing-masing mengkritik kru produksi kerana membuat permainan yang berbahaya.

 

Rata-rata peminat meluahkan rasa sakit hati dek ketidakpekaan produksi terhadap aspek keselamatan artis undangan yang terlibat.

 

Meletakkan getah pengikat terlalu banyak pada bahagian muka memang sangat berbahaya, kata seorang peminat.

 

Seorang lagi peminat menulis: Saya sangat berharap mereka hentikan jenis permainan sebegini. Ini langsung tidak kelakar.

 

 K Online



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...