EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Apa Perlu Buat Bila Rakan Sepejabat Berhenti Kerja?

0 month ago, 04-Nov-2019

Mungkin kamu rasa kehilangan kerana tiada lagi work buddy atau dalam diam sedang bergembira kerana sudah lama mahu ambil jawatannya. Apa juga yang kamu rasa, lakukan tiga perkara ini.

Apa Perlu Buat Bila Rakan Sepejabat Berhenti Kerja?

Foto: Depositphotos

Jika kamu bekerja di satu syarikat untuk tempoh yang lama, kamu pasti berdepan dengan babak rakan sepejabat berhenti kerja untuk peluang kerja lain. Ini boleh menimbulkan tekanan kepada kamu personally and professionally.

Tiada apa yang boleh halang keputusan rakan sekerja kamu itu. Jadi ambil peluang untuk memperkuatkan hubungan profesional, membina rangkaian dan mengambil tanggungjawab baru dalam syarikat. Berikut adalah tiga tindakan yang boleh kamu ambil untuk melakukan yang terbaik dan mendapat manfaat daripada perletakan jawatannya.

1) Ambil Nota Atau Catatan

Jika kamu akan mengambil alih tugasan serta tanggungjawabnya, amat penting untuk kamu tahu apakah projek yang dikendalikan dan matlamat yang perlu dicapai sebelum hari terakhir dia di pejabat. Kamu tidak boleh harapkannya untuk berikan segala input (her mind is probably already out the office), jadi kamu perlu kumpul sebanyak maklumat daripadanya perihal projek tersebut.

Walaupun jika kamu tidak ditugaskan untuk mengambil alih kerjanya, kamu boleh luangkan sedikit masa untuk memahami apakah peranan rakan sekerja kamu di dalam syarikat agar dapat memudahkan kamu step in dan meringankan beban rakan sekerja baru. Ia juga lebih membantu terutama jika projek yang dikendalikannya sebelum ini menarik minat kamu. Ia boleh berikan kamu kelebihan untuk ambil alih projek dan buat majikan kagum denganmu.

2) Write a LinkedIn Recommendation

Jika kamu tidak mempunyai sebarang masalah bekerja dengan rakan sepejabat, kamu boleh bantunya dengan karang LinkedIn recommendation. Hanya lima hingga 10 minit diperlukan untuk menulisnya dan ia merupakan satu etika kerja yang sangat profesional. Walaupun dia berhenti bekerja dalam satu syarikat yang sama denganmu, kamu tidak tahu jika kamu bakal berinteraksi secara profesional dengannya di masa akan datang. So it never hurts to make a positive last impression.

Kamu juga boleh minta bantuannya menulis recommendation untuk kamu pula. Walaupun jika kamu tidak mencari pekerjaan baru atau tidak terlintas untuk meninggalkan kerjaya sekarang, kamu mungkin akan mencari peluang baru di masa depan dan mempunyai recommendation boleh tingkatkan potensi kamu pada bakal majikan. Kamu boleh cuba, Kita sudah bekerjasama dalam banyak projek. Jika tidak keberatan, boleh tak tulis LinkedIn recommendation untuk saya sebelum kamu berhenti?.

3) Keluar Makan Tengah Hari

Goodbye lunches adalah cara terbaik untuk tunjuk bekas rakan sekerja bahawa kamu hormati dan hargai kerja dan usahanya selama ini. Ia juga sebagai courtesy untuk dengar perihal tanggungjawabnya di syarikat baru.

Mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja (terutama yang kamu rapat) boleh menjadi satu pengalaman pahit manis. Tapi ia juga boleh berubah menjadi satu peluang keemasan untuk ambil tanggungjawab baru, move your career forward, dan menjalinkan hubungan profesional yang lebih kuat.


SUMBER : cosmopolitan.my



Live Website Traffic


loading...