EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PAS Perlu Kekalkan kemenangan dan kerajaan di tiga negeri - Ustazah Nuridah

0 month ago, 11-Sep-2020


KUALA LUMPUR, 11 Sept   Penyertaan PAS membentuk kerajaan Persekutuan dan menjadi kerajaan di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, adalah kemenangan dan perkara yang perlu dikekalkan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Senator Nuridah Mohd Salleh berkata tanggungjawab mengisi dan mengekalkan kemenangan itu bukan hanya digalas pemegang jawatan dalam kerajaan malah perlu dipikul seluruh anggota parti khususnya Dewan Muslimat. 

"PAS perlu lebih dominan supaya tidak dilihat seolah-olah terpinggir dengan mengungguli (penyertaan) di peringkat eksekutif seiring legislatif.

"Keterlibatan muslimat secara langsung di peringkat urus tadbir kerajaan tempatan sangat penting dan penambahbaikan yang drastik dan tuntas perlu dirangka serta dijayakan," katanya berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS ke-60 di sini malam ini.

Beliau berkata gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) adalah platform terbaik untuk PAS dalam membangunkan negara yang lestari dan makmur.

Nuridah berkata agenda perpaduan perlu bermula dari dalam parti dan diikuti perpaduan umat dan perpaduan agenda politik melalui gabungan MN dan PN.

"Perpaduan yang benar-benar jitu tidak boleh digelincirkan dari landasan kerana kepentingan kelompok. Perpaduan ini perlukan pengorbanan besar daripada setiap anggota (MN dan PN) dengan semangat setia kawan yang tulen," katanya.

Menyentuh persediaan PAS dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-15, beliau menyeru agar calon sayap muslimat ditempatkan di kawasan strategik yang mempunyai majoriti pengundi wanita.

Muktamar berkenaan akan bersidang esok dengan penyertaan seramai 350 perwakilan seluruh negara.

BERNAMA


SUMBER : 1media.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...