EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

26 Guru Di Perlis Didkwa Enggan Terima Vaksin

0 month ago, 26-Aug-2021

Isu melibatkan kakitangan kerajaan yang menolak vaksin semakin menjadi perdebatan di kalangan ramai. Terbaru, seramai 26 guru sekolah di Perlis dikesan enggan menerima suntikan vaksin C0VID-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) negeri, Rozieana Ahmad,daripada 4,710 guru di seluruh Perlis, 4,504 daripadanya sudah melengkapkan dos vaksin C0VID-19 manakala baki 206 belum lagi mengambil sebarang dos vaksin.

Daripada jumlah itu, 91 orang guru enggan menerima vaksin pada mulanya namun selepas perbincangan dilakukan, 65 guru bersetuju untuk menerima suntikan vaksin.

Seramai 26 orang guru lagi yang tegar menyatakan belum bersedia untuk menerima vaksin, katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Yang ke-14 di Kompleks DUN, semalam.

Difahamkan, sebilangan guru menolak vaksin kerana masalah kesihatan dan bukan menolak secara 100 peratus.

Artikel Berkaitan: Enggan Suntik Vaksin, Lebih 700 Guru Di Johor Bakal Diberi Kaunseling

Rozieana berkata, pihaknya merayu kepada kumpulan guru berkenaan supaya berfikir secara rasional demi keselamatan murid apabila pembelajaran secara bersemuka bermula kembali. – dipetik dari Xtra, BH

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...