EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Perkuatkan Muafakat Nasional

0 month ago, 28-Nov-2019

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU Para pemimpin dari PAS mahupun UMNO di Terengganu diharap menjadi contoh dalam menjayakan agenda penyatuan ummah supaya diperkukuh serta diperkuatkan.

Bendahari PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah berharap agar tiada kepentingan lain seperti perebutan kerusi pilihan raya dan agenda yang menjejaskan penyatuan.

Muafakat Nasional ini adalah satu agenda yang dibuat oleh parti.

Maka kita harapkan semua perkara yang berkait dengan tindakan, formula, hala tuju Muafakat Nasional diputuskan oleh pemimpin-pemimpin parti kita, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14,di Wisma Darul Iman (WDI), semalam.

Dengan itu, katanya, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin kedua parti perlu diataati oleh setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pemimpin-pemimpin kita sudah tentu memiliki pandangan yang jauh dan luas.

Kita tak tengok Negeri Terengganu sahaja, kita tengok Pulau Pinang, Johor (melibatkan) semua pandangan yang begitu luas tentang Muafakat Nasional, ujarnya.

Dimana jelasnya, kata beliau, ia melibatkan apa jua tindakan diputuskan melalui pimpinan parti.

Beliau turut menyeru didalam usaha menyemarakkan perpaduan berkenaan, perlu pada semua ADUN terlibat menjayakan setiap aktiviti dan agenda yang dianjur kerajaan PAS negeri Terengganu.

Jangan program kerajaan (maka) wakil rakyat dari kerajaan (PAS) sahaja ada, ujarnya.

Oleh itu beliau mengharapkan agar Program Itqanul Muluk pada 1 Disember ini dihadiri oleh semua wakil rakyat kedua-dua parti.




Live Website Traffic


loading...