EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Perkhidmatan Grab akan jadi lebih mahal dan lebih sukar

0 month ago, 12-Jul-2019

Berikutan dengan penguatkuasaan peraturan yang baharu, pengguna perkhidmatan e-hailing bakal menghadapi masalah kenaikan kadar tambang khususnya pada waktu puncak.

Tambahan lagi, pengguna juga bakal menghadapi tempoh menunggu yang agak lama berbanding sebelum ini oleh kerana kekurangan pemandu Grab sambilan yang disebabkan pelaksanaan Program Khas Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Penguatkuasaan undang-undang baru ini akan berkuatkuasa pada esok hari. Grab juga turut kongsikan peringatan pada pengguna agar merancang perjalanan dengan baik dan membuat tempahan bukan pada waktu puncak.

Antara prosedur yang bakal dikuatkuasakan termasuklah semakan latar belakang, latihan memandu selama 6 jam, ujian pemanduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemeriksaan kereta oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan pemeriksaan kesihatan. Ia dilihat bagi memastikan keselamatan yang lebih telus buat pemandu dan pengguna.

Pihak Grab juga turut menambah supaya pengguna Tempah awal dan bersedia dengan kehadiran pemandu terutamanya apabila anda ada penerbangan atau urusan penting untuk diselesaikan. Waktu puncak ialah dari 7 hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 8 malam.”

Perkhidmatan Grab akan jadi lebih mahal dan lebih sukar TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com