EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Perketat peraturan solat Aidilfitri

0 month ago, 18-May-2020

Jakarta: Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy mengatakan kerajaan menyiapkan peraturan ketat berkaitan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di negara itu.

Kompas melaporkan, perkara itu disampaikan Muhadhjir melalui kenyataan bertulis selepas menghadiri persidangan berkaitan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) menerusi sidang video di sini, kelmarin.

"Mengenai solat sunat Aidilfitri juga dipersiapkan aturan yang tegas," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya tidak pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Muhadjir berkata, kerajaan juga mempertimbangkan PSBB dalam sektor pengangkutan selepas perkembangan jangkitan Covid-19 dilihat semakin melandai.

Katanya, pengurangan PSBB itu tidak bermakna ia dilonggarkan sebaliknya protokol kesihatan perlu tetap dilaksana dan diperketatkan.

Katanya, pengurangan pembatasan sosial (penjarakan sosial) yang dilakukan harus disertai pengawasan ketat terutama oleh polis dan tentera.

"Justeru, tanggungjawab pelaksanaan pengurangan pembatasan sosial diserahkan kepada kementerian berkaitan mengikut sektornya.

"Apa yang saya perlu ditekankan adalah penguatkuasaan peraturan. Walaupun peraturan protokolnya bagus, tetapi jika tidak ada tanggungjawab di lapangan atau mendapat mandat sebagai penguat kuasa, ia tidak akan berlangsung dengan baik," katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...