EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

UCL 2020/21: 3 Perkara Dari Kejayaan Real Madrid Tumbangkan Liverpool

0 month ago, 07-Apr-2021

Real Madrid menewaskan Liverpool 3-1 di perlawanan pusingan pertama suku akhir pada awal pagi tadi. Sejak dari awal lagi pertemuan kedua-dua pasukan menarik perhatian kerana ia ibarat ulangan perlawanan akhir musim 2017/18 yang turut berakhir dengan jaringan yang sama.

Bezanya kali ini kedua-dua pasukan ditemukan di peringkat berbeza, dan ini bermakna Liverpool masih lagi mempunyai 90 minit aksi untuk mengubah keadaan. Berikut adalah tiga perkara utama yang boleh kita pelajari dari perlawanan ini

Tiada istilah balas dendam, Salah tetap beri sinar

Mohamed Salah merupakan pemain paling kecewa di perlawanan akhir pertandingan ini pada musim 2017/18 selepas Liverpool ditewaskan Real Madrid dengan jaringan 3-1.

Dalam perlawanan tersebut Liverpool bermula dengan baik sehingga kecederaan yang disebabkan oleh pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos memaksa bintang Mesir itu dikeluarkan pada babak pertama perlawanan. Akibatnya Salah bergelut dengan isu kecergasan bersama Mesir di Piala Dunia tahun yang sama.

Mohamed Salah nets a huge goal against Real Madrid. #UCL pic.twitter.com/gQmCzZs7Mz

Squawka News (@SquawkaNews) April 6, 2021

Dalam pertemuan kali ini, Sergio Ramos tidak beraksi kerana kecederaan. Aksi longlai Liverpool dalam perlawanan ini memadam terus niat untuk membalas dendam sekiranya ada.

Salah sebelum ini mencetuskan kemarahan segelintir penyokong Liverpool kerana enggan menafikan spekulasi perpindahan ke Real Madrid. Dalam perlawanan ini, bekas pemain Chesea dan AS Roma itu menjaringkan satu gol untuk Liverpool jaringan di tempat lawan sekaligus memberi sinar harapan untuk Liverpool mara ke separuh akhir.

Pemain balas kepercayaan Zidane

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane sebelum ini mendakwa pasukannya secara tidak adil telah menerima kritikan walaupun masih berpeluang menjuarai LaLiga dan Champions League pada musim ini.

Walaupun keperkasaan Real Madrid sudah tidak seperti pada ketika era Cristiano Ronaldo, Zidane tetap mempunyai kepercayaan kepada barisan pemain sedia ada dan pada minngu ini berkata: Pada akhirnya, kami layak diberikan kepercayaan.

Berdasarkan sejarah, pasukan ini mengotakan apa yang mereka katakan. Kami tidak pernah menyerah dalam banyak perkara. Selagi kami masih berpeluang untuk meneruskan perjuangan.

????? Zidane: "We studied Liverpool pretty well before the game and prevented them from playing their way."

???? #UCL
?? #HalaMadrid pic.twitter.com/2iAMRS6KwS

Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) April 6, 2021

Zidane menegaskan pengalaman barisan pemain dan kejayaan lalu sepatutnya dijadikan sandaran dan kepercayaan kepada pasukan menjelamakan aksi terbaik sepertimana aksi dinamik mereka menewaskan Liverpool pada awal pagi tadi.

Walaupun tanpa dua pemain pertahanan tengah pilihan utama, Sergio Ramos dan Raphael Varane, Real Madrid sentiasa dilihat terlalu kuat untuk Liverpool.

Tatkala pertemuan menentang Barcelona bakal tiba pada hujung minggu ini, kejayaan menewaskan kelab keramat seperti Liverpool dilihat mampu mendiamkan pengkritik buat seketika.

Taktikal Klopp makan diri

Keputusan Jurgen Klopp menggunakan Naby Keita dan bukan Thiago Alcantara dalam kesebelasan utama ibarat memakan diri apabila pengurus dari Jerman itu terpaksa menggantikan pemain antarabangsa Guinea itu sebelum babak pertama tamat.

Keita adalah pemain yang memiliki masalah konsistensi sejak tiba dari Leipzig pada 2018, tetapi Klopp mempunyai berpendapat stamina dan kemampuan pemain itu menggelecek lawan mungkin mampu membantu menewaskan taktik man-marking oleh Real.

Pemain berusia 26 tahun ini hanya melakukan penampilan kedua di Champions League pada musim ini dan merupakan salah satu dari tiga pertukaran oleh Klopp berbanding kesebelasan utama yang menewaskan Arsenal 3-0 pada hujung minggu lalu.

???? Jurgen Klopps post-match press conference, where the boss discussed Naby Keita, Real Madrid, Anfield and the second leg.

WATCH ?? https://t.co/wpxa8tKRvK pic.twitter.com/o04plXhrp9

Anfield Watch (@AnfieldWatch) April 6, 2021

Menjelaskan keputusan menurunkan Keita, Klopp ketika bercakap kepada BT Sport berkata: Saya tidak boleh terus mengabaikan Naby Keita seleoas apa yang ditampilkannya ketika latihan sejak dua minggu lalu.

Beliau berada pada tahap terbaik dan mampu memberikan sesuatu yang istimewa. Real bermain secara man-markin. Maka anda memerlukan seorang pemain yang berani menggelecek dan menjadikan situasi tersebut sebagai kelebihan kepada pasukan. Itu peranan utama diberikan kepada Naby.

Meletakkan Thiago di bangku pemain simpanan juga tidak mudah. Ia adalah cara untuk kita mendapatkan pemain yang segar [apabla direhatkan].

Di sebalik kepercayaan diberikan oleh Klopp, Keita ibarat hilang arah di bahagian tengah yang didominasi dengan mudah oleh Real Madrid. Ketika Liverpool sedang ketinggalan 2-0, Klopp memutuskan untuk memperbetulkan kembali keputusannya namun impak awal kesilapan sudah pun terhasil.

Penutup

Kekalahan ini tidak bermakna peluang Liverpool ke separuh akhir sudah terpadam. Berbekalkan gol Mohamed Salah sebagai kelebihan jaringan di tempat lawan, sudah pasti magis di tempat sendiri akan ditagih selepas ini.

Mampukah Liverpool bangkit?

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak eropah:

5 Pemain Yang Disingkirkan Selepas Bersengketa Dengan Pep Guardiola

5 Bekas Bintang Liverpool Yang Kita Lupa Pernah Jadi Pegurus Tetapi Tidak Sehebat Gerrard

10 Pemain Terbaik EPL Dari Negara Scandinavia



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...