www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


PAS Perjuangan Tiga Serangkai

0 month ago, 16-Apr-2019


Oleh: Aslam Wira

MARANG Dalam konteks perjuangan PAS bukan hanya memperjuangkan politik semata-mata tetapi bergerak melalui tiga serangkai.

Timbalan Pesuruhjaya iii, Yahaya Ali berkata, ianya melalui konteks siasah, tarbiah dan dakwah.

Kita bergerak dalam bidang siasah, iaitu membuat persiapan dalam menghadapi pilihanraya dan menguasai isu-isu yang bertebaran supaya masyarakat mendapat penjelasan yang tepat.

Kita menekankan bidang tarbiah, sama ada ahli dan juga masyarakat sentiasa ditarbiyah supaya mereka faham perjuangan PAS ini bukan perjuangan politik pilihanraya, tetapi bagi membina modal insan.

Manakala satu lagi bidang, adalah dakwah di mana kita mahu masyarakat umumnya mestilah mendapat suatu suntikan daripada dakwah, ujarnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu berkata demikian dalam satu majlis dialog bersama rombongan daripada Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hasani, Negeri Sembilan dan Peserta Bakti Siswa daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak di Dewan Banat Rusila, semalam, 12 April.

Katanya, apabila menjadi kerajaan, satu organisasi iaitu Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) diwujudkan sebagai perantara yang bertugas untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dalam isu tarbiyyah di samping kerja-kerja pengurusan yang lain.

Menurut Yahaya, walaupun Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bukan beragama Islam tetapi apabila bersama dengan parti PAS, mereka yakin dapat diselamatkan dengan undang-undang Islam.

Kita letak syarat pada mereka yang ingin menjadi calon kepada PAS, mereka mesti lulus apa yang kita katakan Ilhaq, (iaitu) satu institusi perkaderan tasawuf Islam supaya mereka faham kehidupan walaupun mereka bukan Islam,jelas beliau berkenaan isu hubungan baik Pas bersama MIC, yang dijawab oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Ini adalah salah satu kerja DHPP, sehingga MIC ini melihat PAS dengan pandangan yang tidak negatif.

Dalam masa yang sama, negeri kita diberkati, bukan sekadar kemajuan tetapi tiada keberkatan, dan oleh kerana itu, segala pembangunan yang dibuat di negeri ini, kita akan pastikan ianya tidak akan lari daripada syariat Allah SWT, katanya.

Justeru itu, beliau berkata, usaha PAS yang dibuat adalah seiring dengan apa yang diajar oleh Islam itu sendiri, dan kesannya rakyat akan mendapat kesejahteraan.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Penyelia i-MiTS, Mohamad Embong, Setiausaha Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Wan Nelang Abd Rahman dan Penyelia Pusat Khidmat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng.





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts